Category Archives: Uncategorized

Re-start

Selamat bersua kembali. Tiba2 teringat blog ini dan akan meneruskan nukilan di blog ini bila ada masa lapang.

Take care

–nash@ukm–

Wasiat Raja-raja Melayu

Tak tahu pun ada wasiat macam ni..patut dipaparkan di bangunan2 kerajaan..

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Sayonara to Public Presentation, Irasshaimase to Final Viva

Semalam, public presentation kami dah habis. Papa dari pukul 9 sampai 10:12 je(papa pemegang rekod sesi soal jawab paling cepat habis) dan mama dari pukul 2:30-4:00 (mama pemegang rekod habis on-time 59 minit56 saat. Apa-apa pun, tinggal satu lagi final examination or so-called viva dan insyaAllah within 1 month time dari hari ini. Penat masih tak hilang. Yang paling menariknya Alya datang tengok presentation mama..dan semua orang tersenyum, sebab tak pernah ada audience kanak2 sebelum ini…Terima kasih pada semua yang mendoakan dan memberi ucapan selamat kerana mungkin dengan doa semua dan izinNya, presentation berlangsung tanpa sebarang kesulitan, alhamdulillah.

Terima kasih
-riza-