Category Archives: family

Alya genap 8 tahun

mama love you
mama sayang alya
あなたのこと大好き~

Happy 8th beeday!!!
may god bless you

-Mama より-

Belajarlah sebanyak mungkin agar boleh digunakan di kemudian hari…

Jadilah contoh yang baik untuk adik2…

パパのただ一人の娘だから

-Papaより-

IMG_6554

at last … before final

Setelah beberapa minggu menulis tesis, hari ini telah menghantar salinan draf pertama kepada sensei hari ini. Sementara itu perlu memeriksa semula nahu, bahasa dll. Yang penting sekali isinya perlu tepat dan lancar. Sudah pasti banyak yang perlu diperbetulkan sehinggalah sampai masa untuk “binding”.
Doakan kami dapat menamatkan pengajian kami pada masa yang ditetapkan iaitu pada penghujung bulan September nanti. Hari “viva” terbuka juga telah ditetapkan iaitu pada 1 Julai 2009; Papa pada pukul 9:00-10:30 pagi dan Mama pula pada pukul 3:30-5:00 petang. Dalam masa sebulan selepas itu pula ada “viva” tertutup bersama pemeriksa dan selepas itu barulah boleh tahu samada lulus atau sebaliknya. Pengajian di sini semua telah ditetapkan tarikh2 tertentu seperti masa penyerahan tesis, viva, graduasi dll. Semua pelajar perlu mematuhinya untuk mengelakkan permohonan ditolak atau dibatalkan pengajian.

p/s: doakan kami…tq

-nash-

membeli belah…

Hari ini kami membeli belah di Nishimatsuya untuk membeli pakaian anak2 serta persiapan untuk Zakwan sebelum mengikuti kawan2 tadikanya bermalam bersama sensei2. Mungkin pada bulan Julai nanti dan tempat masih belum ditetapkan. Anak2 yang lain juga mendapat baju dll. Menjamu mata melihat perabut2 yang di Homes. Ada beberapa perabut yang menampakkan ke”Jepun”an nya dengan rekaan mereke tersendiri. Mungkin perlu ke sana lagi jika ada jualan murah. Makan tengahari di Saizeriya.
Seterusnya kami ke Don Qihote dan Hanamasa di Kawasaki untuk membeli barang2 dapur. Harganya agak murah dan quantitinya juga banyak. Banyak juga barang2 yang kami beli. Sedar2 semuanya (dari Nishimatsuya)…berjumlah lebih 20,000 yen. Membeli belah adalah “terapi” tetapi tidak boleh diamalkan selalu…haha

-nash-

semalam

Semalam kami menyambut Mother’s day bersama Tokodaian dan Abang Zakri sekeluarga di Futako Shinchi. Aktiviti biasa pada Golden Week iaitu BBQ di tepi sungai. Kami memulakan aktiviti pada pukul 11:00 pagi tetapi sudah ramai orang Jepun yang datang dan pada masa yang sama ada perlawanan besbal antara kelab2 (kanak2 sekolah rendah kot??). Kami tidak dapat parkir kereta di kawasan berdekatan dan terpaksa mencari parkir yang lain. Setelah berpusing 2 pusingan, baru kami dapat meletakkan kereta di parkir yang berdekatan kerana perlawanan besbal telah tamat dan banyak kereta telah keluar.
Menu hari ini: satay, nasi karot (kak aini), bihun (mama), pai epal (shin), cinnamon roll (apido) dll. Hari yang cerah dan tidak berapa sejuk amat sesuai untuk ber”bbq”. Anak2 seronok bermain di tepi sungai menangkap anak2 ikan. Hajatnya mahu membuat aktiviti lain selain makan2 tetapi kerana kami berdua sibuk menyiapkan tesis dan mama mahu ke lab, kami pulang pada pukul 3:00 petang.
Ini gambar yang sempat dirakamkan:

p/s: aktiviti tahunan kami…

-nash-

happy mother’s day…

Happy Mother’s Day…to all mothers…

-nash-

kamogawa

Pagi2 lagi kami sudah bertolak untuk mengelakkan kesesakan di Aqua Line, tetapi sampai sahaja berhampiran Tokyo Tower, ada kemalangan dan terkandas hampir sejam di sana. Seterusnya kesesakan yang agak teruk sebelum masuk ke terowong di Aqua Line iaitu lebuhraya yang menghubungkan Kawasaki di Kanagawa Prefecture dan Kisarazu di Chiba Prefecture yang merentas Teluk Tokyo. Separuh perjalanan adalah terowong sepanjang hampir 10 km dibina pulau sebagai R & R sebelum jambatan sebelum ke Kisarazu. Terowong terpaksa dibina untuk memudahkan kapal2 besar memasuki Teluk Tokyo yang agak sibuk dengan Pelabuhan Yokohama serta Pelabuhan Tokyo. Kesesakan berterusan di sepanjang terowong sehingga ke Umi hotaru iaitu R & R. Kami sampai di Kamogawa dalam pukul 10:30 pagi terpaksa berdepan dengan satu lagi kesesakan untuk ke Kamogawa Sea World yang terkenal dengan pertunjukan ikan lumba2 dan “killer whale”. Walaupun jarak ke sana adalah dalam 2 km tetapi keadaan kesesakan yang hampir tidak bergerak. Setelah menelefon Kamogawa Sea World untuk menanyakan kesesakan di sana, cuma diberitahu parkir telah penuh dan ramai pengunjung yang datang pada hari ini. Kami terus menukar plan dan mencari kawasan yang menarik di sekitar Kamogawa. Dengan “bantuan” iPhone, kami dapat beberapa tempat yang menarik dan terus Kamogawa Ocean Park iaitu tempat rehat yang dipanggil Michi no eki (R & R di jalan biasa). Kami makan tengahari dengan sandwich yang dibawa dan membeli sotong bakar. Anak2 sangat sukakan sotong bakar yang lembut dan segar.
Seterusnya kami ke Futomi Flower Center kira2 5 km dari Kamogawa Sea World. Bayaran masuk adalah 600 yen untuk dewasa dan 300 yen untuk kanak2. Ada berbagai bunga sehinggakan pokok2 dari kawasan khatulistiwa seperti pokok belimbing besi, pisang, jambu dll. Dapat juga anak2 mengenal pokok2 yang biasa ada di Malaysia. Ada juga dijual pokok2 bunga dan kaktus. Anak2 sempat berehat sambil memasukkan kaki di dalam kolam air panas. Disebabkan cuaca agak panas pada hari ini, mereka cuma dapat bertahan tidak sampai 10 minit.
Kemudian kami ke Restoran Banya yang terkenal dengan masakan laut. Harga yang berpatutan dan kuantiti yang banyak serta ikan2 yang segar. Restoran ini dijalankan oleh persatuan nelayan di kawasan tersebut. Sampai sahaja di sana, kami terpaksa menunggu kira2 30 minit sebelum dapat makan kerana ramai pengunjung yang datang. Menu makan malam kami: sotong goreng tepung (ala Jepun), sushi, sashimi, sotong goreng halia (ala Jepun) dll. Anak2 berselera makan terutama sashimi kerana kesegaraan ikan2nya. Ini adalah kali kedua Papa ke sana (kali pertama semasa percutian bersama ahli2 lab) dan kali pertama untuk Mama dan anak2. Zafri juga tidak ketinggalan mahu merasa makanan kami.
Kesesakan di sepanjang perjalanan pulang sehingga melepasi Aqua Line. Nasib baik “Car Navi” kami menunjukkan jalan lain tanpa menggunakan Tokyo Metropolitan Highway yang juga sesak. Kami sampai di rumah pada pukul 9:30 malam. Walaupun jarak Kamogawa dan Tokyo dekat sahaja tetapi lebih lama berada di dalam kereta kerana kesesakan. Kesesakan di lebuhraya adalah perkara biasa sejak kerajaan Jepun menurunkan bayaran tol iaitu maksimum 1000 yen pada hujung minggu dan cuti umum. Biasanya kesesakan akan berlaku pada pagi Sabtu di lebuhraya keluar dari Tokyo dan malam Ahad di lebuhraya yang memasuki Tokyo. Kesesakan sehingga lebih 30 km adalah perkara biasa terutama pada cuti “golden week” ini.

p/s: kesesakan di mana2…

-nash-

berjumpa kawan2 di kinuta park

Hanya kali ini dapat berjumpa dengan kawan2 Jepun bersama isteri dan anak2 masing2. Berkawan dengan mereka sejak belajar di peringkat sarjana muda lagi dan selalu bersama mereka ke perkhemahan, bermain ski dll. Ada yang datang ke Malaysia di hari perkahwinan kami atau datang untuk berjalan2. Masing sibuk dengan kerja masing2 dan susah untuk dapat berjumpa walaupun masing2 tinggal di Tokyo. Waktu kerja yang sibuk dan lama di Jepun ini juga antara sebab susah untuk berjumpa. Anak2 seronok dapat bermain sama2 dan Alya seronok dapat bermain dengan salah seorang anak perempuan yang datang. Alya memang suka bermain dengan budak2 terutama perempuan. Banyak bersembang sambil mengikuti perkembangan masing2. Salah satu “budaya” di sini, susah untuk mereka mengajak kawan2 ke rumah mereka dan mereka lebih suka berjumpa di luar atau di restoran. Mungkin kerana rumah mereka yang kecil dan lebih santai berborak di luar??

p/s: cuti….

-nash-