kamogawa

Pagi2 lagi kami sudah bertolak untuk mengelakkan kesesakan di Aqua Line, tetapi sampai sahaja berhampiran Tokyo Tower, ada kemalangan dan terkandas hampir sejam di sana. Seterusnya kesesakan yang agak teruk sebelum masuk ke terowong di Aqua Line iaitu lebuhraya yang menghubungkan Kawasaki di Kanagawa Prefecture dan Kisarazu di Chiba Prefecture yang merentas Teluk Tokyo. Separuh perjalanan adalah terowong sepanjang hampir 10 km dibina pulau sebagai R & R sebelum jambatan sebelum ke Kisarazu. Terowong terpaksa dibina untuk memudahkan kapal2 besar memasuki Teluk Tokyo yang agak sibuk dengan Pelabuhan Yokohama serta Pelabuhan Tokyo. Kesesakan berterusan di sepanjang terowong sehingga ke Umi hotaru iaitu R & R. Kami sampai di Kamogawa dalam pukul 10:30 pagi terpaksa berdepan dengan satu lagi kesesakan untuk ke Kamogawa Sea World yang terkenal dengan pertunjukan ikan lumba2 dan “killer whale”. Walaupun jarak ke sana adalah dalam 2 km tetapi keadaan kesesakan yang hampir tidak bergerak. Setelah menelefon Kamogawa Sea World untuk menanyakan kesesakan di sana, cuma diberitahu parkir telah penuh dan ramai pengunjung yang datang pada hari ini. Kami terus menukar plan dan mencari kawasan yang menarik di sekitar Kamogawa. Dengan “bantuan” iPhone, kami dapat beberapa tempat yang menarik dan terus Kamogawa Ocean Park iaitu tempat rehat yang dipanggil Michi no eki (R & R di jalan biasa). Kami makan tengahari dengan sandwich yang dibawa dan membeli sotong bakar. Anak2 sangat sukakan sotong bakar yang lembut dan segar.
Seterusnya kami ke Futomi Flower Center kira2 5 km dari Kamogawa Sea World. Bayaran masuk adalah 600 yen untuk dewasa dan 300 yen untuk kanak2. Ada berbagai bunga sehinggakan pokok2 dari kawasan khatulistiwa seperti pokok belimbing besi, pisang, jambu dll. Dapat juga anak2 mengenal pokok2 yang biasa ada di Malaysia. Ada juga dijual pokok2 bunga dan kaktus. Anak2 sempat berehat sambil memasukkan kaki di dalam kolam air panas. Disebabkan cuaca agak panas pada hari ini, mereka cuma dapat bertahan tidak sampai 10 minit.
Kemudian kami ke Restoran Banya yang terkenal dengan masakan laut. Harga yang berpatutan dan kuantiti yang banyak serta ikan2 yang segar. Restoran ini dijalankan oleh persatuan nelayan di kawasan tersebut. Sampai sahaja di sana, kami terpaksa menunggu kira2 30 minit sebelum dapat makan kerana ramai pengunjung yang datang. Menu makan malam kami: sotong goreng tepung (ala Jepun), sushi, sashimi, sotong goreng halia (ala Jepun) dll. Anak2 berselera makan terutama sashimi kerana kesegaraan ikan2nya. Ini adalah kali kedua Papa ke sana (kali pertama semasa percutian bersama ahli2 lab) dan kali pertama untuk Mama dan anak2. Zafri juga tidak ketinggalan mahu merasa makanan kami.
Kesesakan di sepanjang perjalanan pulang sehingga melepasi Aqua Line. Nasib baik “Car Navi” kami menunjukkan jalan lain tanpa menggunakan Tokyo Metropolitan Highway yang juga sesak. Kami sampai di rumah pada pukul 9:30 malam. Walaupun jarak Kamogawa dan Tokyo dekat sahaja tetapi lebih lama berada di dalam kereta kerana kesesakan. Kesesakan di lebuhraya adalah perkara biasa sejak kerajaan Jepun menurunkan bayaran tol iaitu maksimum 1000 yen pada hujung minggu dan cuti umum. Biasanya kesesakan akan berlaku pada pagi Sabtu di lebuhraya keluar dari Tokyo dan malam Ahad di lebuhraya yang memasuki Tokyo. Kesesakan sehingga lebih 30 km adalah perkara biasa terutama pada cuti “golden week” ini.

p/s: kesesakan di mana2…

-nash-

Tagged:

One thought on “kamogawa

  1. cinta May 18, 2009 at 12:47 pm

    awat tak naik densha je?

    susah nak naik densya dgn baby yg baru 8 bulan…kat sini org Jepun tak “baby friendly”…pernah sekali Zafri menangis dlm densya…ada bbrp org buat muka marah…dan bukan budak2 muda tapi org2 tua taraf atok2 dan nenek2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: