Daily Archives: May 2, 2009

cuti “golden week” bermula

Bermula dari hari ini, cuti “golden week” bermula tetapi kami tidak ke mana2 kerana Zakwan lelah sejak semalam. Mungkin kerana bermain pasir di tadika?? Semalam telah bawa ke klinik dan doktor cuma mengatakan tidak perlu risau dengan keadaan lelahnya. Cuma kami risau kerana telah lama tidak diserang lelah kerana masih makan ubat lelah setiap hari serta stearoid. Hanya Papa, Mama dan Alya yang pergi ke Yukigaya Otsuka untuk menamatkan nombor telefon yang lama tetapi dinasihatkan supaya tunggu sehingga dapat “shopping voucher” dahulu.
Anak2 menyiapkan kerja rumah Kumon untuk 7 hari (7 X 5 helai) dan bermain Wii Mario Kart. Mungkin akan ke mana2 jika lelah Zakwan sembuh nanti.

p/s: cuaca yang tidak menentu…

-nash-