ke kedutaan malaysia

Setelah menunggu lebih 3 bulan, pasport Zafri telah siap dan boleh diambil dari Kedutaan Malaysia. Hari ini adalah cuti umu di Jepun sempena Syowa no hi atau Syowa day:

Shōwa Day
From Wikipedia, the free encyclopedia

Shōwa Day (昭和の日 ,Shōwa no hi) is a Japanese annual holiday held on April 29. It honors the birthday of Emperor Shōwa (Hirohito), the reigning Emperor before, during, and after World War II (from 1926 to 1989). The official purpose of the holiday is “To reflect on Japan’s Shōwa period when recovery was made after turbulent days, and to think of the country’s future.”

History
Emperor Hirohito died on January 7, 1989. April 29 was subsequently no longer celebrated as The Emperor’s Birthday but instead as Greenery Day, part of Japan’s Golden Week. After a series of failed legislative attempts beginning in 2000, the April 29 holiday was finally renamed Shōwa Day in May 2005, and Greenery Day was moved from April 29 to May 4.

According to the main opposition party the Democratic Party of Japan (which backed the bill for the first time after many years of refusal), the holiday encourages public reflection of the turbulent 63 years of Hirohito’s reign rather than glorifying the emperor himself.[1]

Hanya Alya yang mengikut kami kerana Mama mahu berjalan2 di Shibuya untuk membeli buku di Book Off dll. Disebabkan Cuti Golden Week juga bermula pada hari ini (kebanyakkan syarikat memulakan cuti awal), keretapi tidak berapa penuh. Kedutaan Malaysia dibuka kerana kedutaan mengikut cuti umum di Malaysia. Selepas mengambil pasport dan sijil kelahiran, kami terus ke Shibuya untuk makan tengahari. Kami mencuba kedai kari tabehoudai (“all you can eat”).
Seterusnya, kami singgah di kedai Softbank untuk melihat2 iPhone, tetapi kerana masih ada stok 8GB dan ada promosi “iPhone for everybody” iaitu harganya telah diturunkan sehingga 30,000 yen (percuma untuk penggunaan selama 2 tahun) disamping “cash back” atau pulangan tunai berupa voucher 5000 yen dsb. Harga ini adalah kira2 separuh dari harga semasa iPhone mula diperkenalkan pada tahun lepas. Walaupun pakejnya adalah untuk 2 tahun, kita boleh menamatkan penggunaannya pada bila2 masa dan hanya perlu membayar jumlah yang masih berbaki.
Setelah mencari buku2 di Book Off, kami singgah di kedai yang biasa menjual durian dan mungkin rezeki Mama dan anak2, durian ada dijual dengan harga 2000 yen (kira2 RM 70). Telah lama Mama dan anak2 teringin untuk makan durian tetapi tidak dijual atau terlalu mahal. Papa hanya melihat sahaja kerana hanya makan sekadar merasa (seulas pun mungkin susah nak habis). Jenis durian itu adalah Thai Hong, sejenis durian yang telah diubahsuai khas untuk dieksport ke Jepun iaitu mengurangkan atau menghilangkan bau durian yang tidak digemari oleh kebanyakan orang Jepun. Ada yang mengatakan bau durian adalah seperti bau napkin pakai buang bayi dsb. Oleh itu, kami tidak risau membawanya di dalam keretapi kerana hampir tiada bau langsung. Mama yang ingin sangat membeli durian kerana katanya Zafri yang masih mengeluarkan air liur disebabkan Mama mengidamkan durian semasa Zafri di dalam perut…betul ke?? Atau kebetulan sahaja??

p/s: mama atau zafri yang mengidam??

-nash-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: