spring fair 2009 @ yokohama

Bertolak ke Yokohama dengan Kak Aini pada pukul 12:30 tengahari. Pada tahun ini bunga2 tulip banyak yang sudah luruh kelopaknya kerana cuaca panas sejak 2 minggu lepas. Masih ada beberapa warna bunga tulip masih berkembang dan hanya dapat bergambar dengan yang ada. Spring Fair 2009 juga sedang diadakan dengan berbagai gerai menjual pokok2 bunga seperti orkid, lili, ros dll. Kami diberikan sepokok bunga lili percuma dan mungkin akan berbunga sebulan lagi. Seterusnya ada berbagai2 acara membuat gubahan bunga, cenderamata dari ranting2 pokok dan bunga kering dll. Kami singgah melihat pameran bunga2an dan pokok bonsai. Ada pelbagai bonsai yang sangat cantik dan bunga2 orkid yang tidak pernah jumpa. Gubahan bunga untuk pameran juga diadakan. Selepas lebih kurang 2 jam berada di Yokohama, kami bertolak pulang dan kami singgah di Treasure Factory iaitu kedai menjual barang2 terpakai dan dari kilang. Kami membeli beberapa barang seperti set ocha yang masih belum dipakai (teko dan 5 cawan), tripod, mainan dart untuk anak2 dll. Ada banyak lagi mahu dibeli tetapi kerana rumah kami yang “terlalu” luas, terpaksalah batalkan niat asal. Mungkin akan beli beberapa barang2 sebelum kami menghantar barang2 ke Malaysia kelak.
Seterunya kami ke Kappa Sushi di ShinYokohama dan terpaksa menunggu hampir sejam kerana ramai orang yang datang. Anak2 seronok melihat “shinkansen” menghantar sushi yang kami pesan dan perlu menekan butang lain untuk menghantar kembali shinkansen tersebut. Hari ini kami makan 40 piring sushi, mungkin anak2 lapar kerana makan tengahari pada pukul 11:00 pagi tadi. Zafri turut sama makan sushi dan kek. Sampai di rumah pada pukul 10:00 malam.

p/s: sushi dan anak2 tidak boleh dipisahkan….

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: