selsema + batuk

Anak2 dijangkiti selsema dan batuk2, mungkin dari tadika kerana sensei ada mengatakan ramai yang tidak hadir ke tadika. Zakwan dan Zarul pula lebih mudah dijangkiti kerana mereka menaiki bas (van??) ke tadika. Walaupun tadikanya dekat dari rumah kami, perjalanan mengambil kawan2 yang lain memakan masa lebih setengah jam di dalam bas yang tertutup lebih mudah dijangkiti selsema, demam dll. Di sebelah petang, papa dan mama pulang awal dari lab untuk membawa anak2 ke Shibui Kodomo Clinic kerana Zafri juga dijangkiti selsema manakala asthma Alya pula kembali dengan cuaca yang tidak menentu sejak minggu lepas. Doktor sudah kenal dengan kami dan layanan mesra yang menyebabkan anak2 tidak takut ke sana. Alya dan Zakwan pula perlu diambil darah dan air kencing untuk menganalisa kesan rawatan selama ini. Sudah hampir setahun Zakwan perlu memakan ubat asthmanya manakala Alya pula perlu juga mengambil ubat asthmanya jika diserang. Keputusannya akan diberitahu pada minggu depan.
Selepas pulang dari klinik, kami ke Jonathan untuk makan malam. Anak2 sudah pasti dengan macha latte. Air untuk kanak2 adalah percuma serta “refill”. Sudah lama tidak makan di luar bersama anak2 selain dari sushi. Selalunya kami membawa bekal jika berjalan2 pada hujung minggu. Lebih memudahkan kami makan sambil bersantai.

p/s: mengharapkan keputusan analisis yang baik untuk kedua2nya

-nash-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: