melihat bunga2an sambil menghirup ion negatif…

Keluar dari rumah pada pukul 10:00 pagi selepas menyediakan bento untuk dimakan nanti. Onigiri (nasi kepal berisi kanimayo dan umeboshi) untuk anak2 dan nasi serta lauk2 untuk mama dan papa. Destinasi kami hari ini adalah ke Akebonoyama Nougyo Kouen di Kashiwa, Chiba. Tempat ini terkenal dengan kincir angin yang agak besar dan bunga2an seperti tulip, sakura dll. Tiada bayaran masuk dan bayaran parkir dikenakan kepada pengunjung. Kawasan yang luas serta bersih juga adalah tarikan kepada para pengunjung. Dari rumah kami mengambil masa dalam sejam dan tol keseluruhan pada hari ini dikurangkan ke 850 yen dari 1200 yen kerana hari Ahad. Ada pelbagai diskaun untuk para pengguna lebuhraya mengikut masa dan hari. Contohnya: pada hari Sabtu diskaun 10%, hari Ahad 500 yen dari 700 yen dll (untuk Syuuto Kousoku atau Lebuhraya di dalam Tokyo), diskaun 50% untuk pengguna lebuhraya pada tengah malam sehingga awal pagi dll.
Ramai juga yang datang untuk melihat bunga tulip yang sedang berkembang walaupun Pesta Tulip telah diadakan pada minggu lepas. Kami tidak melepaskan peluang bergambar dengan bunga tulip dan berlatarbelakangkan kincir angin seperti berada di negeri Belanda. Cuaca juga agak baik dan cerah. Ada berbagai2 jenis dan warna bunga tulip serta na no hana atau “rapeseed” yang biasanya dibuat minyak serta boleh dimasak begitu sahaja. Ada yang membuat tenpura dll. Seterusnya, kami melihat shibazakura yang masih tinggal dengan pelbagai warna. Anak2 makan kaki goori (ais kisar dan sirup perasa); Alya dengan perasa Cola, Zakwan dengan perasa strawberry dan Zarul dengan perasa anggur. Dan kemudia, membeli taiyaki (kuih berbentuk ikan koi dan diisi kacang merah, kastad dll) berintikan kastad dan “soft ice cream” untuk semua. Sebelum pulang, kami singgah di nihon teien (Japanese Garden) yang sangat kemas dan bersih. Unsur yang mesti ada di taman Jepun adalah kolam atau air dengan ikan koi, pokok matsu, pokok momiji dll dan batu2an. Kami pulang ke rumah awal (pada pukul 3 petang) kerana anak2 dan kami perlu berehat untuk ke sekolah esok. Ada lagi beberapa tempat dimana tulip sedang kembang seperti di Spring fair di kawasan Stadium Besbal di Yokohama, Syowa Kinen Kouen di Tachikawa dll.

p/s: suhu yang tidak terlalu sejuk seperti berada di bilik berhawa dingin dan cuaca yang cerah amat sesuai untuk berjalan2 sambil melihat bunga2an dan anak2 dapat bermain di luar…

-nash-

3 thoughts on “melihat bunga2an sambil menghirup ion negatif…

  1. asuhara April 20, 2009 at 12:23 pm

    wah boleh masuk iteneri aki tahun depan nih! nak pegi belanda tah bila

    paling best kat huis ten bosch @ nagasaki tu yg mmg betul2 depa bina bangunan n lanskap mcm belanda…

  2. yati April 20, 2009 at 1:25 pm

    Salam Nash, lama lagi ke dok Nihon tu?
    Bila balik M’sia?
    Tu yg bestnye haru byk tulip kan.
    Belum natsu dah ada kaki goori eh…natsukashii

    insyaallah sampai hujung sept ni…sekarang ni haru pun kadang2 panas mcm natsu….

  3. batuterang April 21, 2009 at 12:16 am

    keinginan mengunjung Chiba semakin kuat…

    sila2…ada byk lagi tpt yg kurang promotion…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: