berkelah bersama keluarga melayu

Atas rancangan dan cadangan Ros dan Mega, kami turut serta acara berkelah bersama keluarga2 Melayu di Tokyo. Kali ini acara diadakan di Kasai Rinkai Park yang mengambil masa kurang dari 30 minit dari rumah kami. Bertolak agak lewat sedikit dan sampai pada pukul 11:00 pagi. Rupanya kami adalah antara yang awal dan masih ramai yang di dalam perjalanan. Makan dan berborak adalah aktiviti biasa kerana tidak selalu berjumpa. Masing2 sibuk dengan rutin harian seperti belajar dan berkerja. Anak2 macam biasa, hanya makan sedikit dan terus bermain mengikut kumpulan umur masing2. Menu hari ini: nasi lemak, kek cheese, kuih ketayap, roti john dan bermacam2 jenis juadah yang dibawa dari rumah masing2. Macam2 perkara yang diborakkan sehingga terlupa masa berlalu terlalu pantas. Penutup acara adalah bergambar beramai2 dan seterusnya kami berjalan2 di tepi laut. Disediakan tempat untuk anak2 bermain pasir dll. Istana Cinderella dll dapat dilihat dengan jelas kerana jaraknya dengan Tokyo Disneyland dan Disneysea adalah dekat.
Kemudian membawa anak2 menaiki Ferris Wheel yang terbesar di Jepun dan bayaran sebanyak 700 yen dikenakan dari kanak2 3 tahun ke atas. Permandangan yang sangat menarik dan boleh melihat Tokyo Bay yang sibuk dengan kapal2 dll. Zafri dan anak2 tidak langsung takut kerana teruja dengan permandangan dari gondola. Kami bertolak pulang pada pukul 5:30 petang dan seperti biasa anak2 tidur lena di sepanjang perjalanan.

p/s: cuaca dan suhu yang sangat sesuai untuk bersiar2 dengan keluarga…18-24C…

-nash-

One thought on “berkelah bersama keluarga melayu

  1. farah April 24, 2009 at 8:44 pm

    salam. sy nk tnye psl tokyo bleyh~~

    setakat yang kami tahu…insyaallah ok je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: