hari pertama ke tadika

Pagi2 lagi Zarul sudah bangun untuk bersedia ke sekolah. Tanpa banyak ragam; mandi, bersarapan dan berjalan ke tempat menunggu bas ke tadika. Zakwan masih bercuti pada hari ini kerana sensei2 akan menumpukan perhatian kepada murid2 Tahun 1 seperti Zarul dll. Zarul naik ke dalam bas dengan gembira dan sedikit takut.
Lewat petang selepas kami balik ke rumah dari lab, ada menanyakan apakah aktiviti di tadika kepada Zarul. Dan jawapannya; bermain dengan kawan2 dan menyanyi. Dia juga memberitahu menyahut “hait” dengan lantang semasa sensei mengambil kedatangan. Mungkin betul dengan apa yang dikatakan. Jika di Malaysia, mungkin kami akan menunggu di luar kelas memerhatikan tingkah laku anak2 tetapi ibubapa tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan tadika semasa kelas dijalankan. Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk membiasakan anak2 dengan suasana pembelajaran di tadika. Sama juga seperti semasa hari pertama persekolahan Alya memasuki sekolah rendah pada tahun lepas. Kami tidak dibenarkan menghantar dari rumah dan anak2 dikehendaki berjalan sendiri dari rumah sehingga ke sekolah. Kami takutkan jika berlaku apa2 yang tidak diingini dalam perjalanan ke sekolah tetapi ada beberapa orang yang telah ditetapkan untuk menjaga di beberapa tempat di sepanjang jalan ke sekolah membuatkan kami berasa sedikit lega. Esok pula Zakwan akan ke tadika dan semoga Zakwan dapat membantu Zarul yang masih menyesuaikan diri dengan kawan2 dan persekitaran tadika.

ザルル君、頑張ってください。。。パパとママが応援するから。
はじめのステップが始まっている。

p/s: gambare Zarul…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: