persediaan ke sekolah

Hari ini adalah cuti terakhir untuk Alya kerana akan mula ke sekolah esok. Alya perlu ke sekolah untuk menghadiri Entrance Ceremony sebagai meraikan murid2 tahun 1. Alya dan rakan2 akan mengadakan persembahan sebagai tanda meraikan kedatangan murid2 baru. Hari ini Alya dan anak2 menyiapkan kerja rumah Kumon dan menyemak kembali barang2 yang perlu dibawa ke sekolah. Zarul pula akan menghadiri Entrance Ceremony di Kobato Kindergarten pada hari Rabu depan dan akan mula ke tadika pada keesokkannya. Zakwan pula akan mula ke tadika sebagai murid tahun 3 pada hari Jumaat nanti. Banyak barang2 yang perlu disediakan untuk Zarul tetapi baju2 dan seluar adalah dari kawan Alya yang telah masuk ke sekolah rendah. Zarul akan bersekolah sehingga hujung bulan 8. Setiap barang2 yang akan dibawa ke tadika perlu dituliskan nama dan kelas untuk mengelakkan kehilangan. Walaupun Zakwan dan Zarul bersekolah di tadika yang sama, sensei tidak membenarkan berkongsi barang2 untuk mengelakkan pergaduhan dalam memilih barang2 untuk digunakan. Zarul selalu menceritakan apa yang hendak dibuatnya apabila telah ke tadika kelak seperti ingin berkawan dengan ramai kawan, bermain di dalam kelas dll.

p/s: seorang lagi akan ke sekolah, semakin sibuklah kami dengan aktiviti anak2…

-nash-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: