kepulangan

Menghantar kakak dan kawannya ke Narita Airport untuk ke Kuala Lumpur dengan MH pada pukul 1:30 petang. Kami bertolak awal dan sempat berhenti berehat di Kawasan rehat Shisui (Parking Area). Cuaca yang amat baik dan cerah. Sakura masih belum kembang penuh seperti di Tokyo. Sampai di NRT, terus check-in dan membawa anak2 melihat2 kapal terbang di tempat tinjau yang disediakan. Tepat pukul 12:40 tengahari, kakak telah masuk ke “boarding area” dan Alya yang paling sedih.
Seterusnya kami ke pekan Narita untuk makan sushi di Sushiro. Hanya beratur menunggu giliran selama 10 minit. Tidak seperti di Kawasaki yang selalunya perlu menunggu sehingga lebih 30 minit. Sushi kegemaran anak2 seperti kaibashira (hotate), amaebi dll serta cheese cake (レアチーズケーキ) yang sangat sedap. Zafri sangat menyukainya kerana lembut dan manis. Kali ini kami tidak singgah ke Jusco kerana anak2 keletihan dan mengantuk. Dalam perjalanan pulang ke rumah, hanya Alya yg tidak tidur dan melayan kami berborak.

sebelum ke NRT

sebelum ke NRT

p/s: tetamu datang dan pergi, kami akan menyusul kemudian…insyaallah…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: