berhati2…sejarah april fool

Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati2lah…kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria…

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu …..rawahuttirmizi
Illal Liqaq

p/s: beringat2lah…

-nash-

Tagged:

5 thoughts on “berhati2…sejarah april fool

  1. bubur CaCa April 2, 2009 at 8:59 am

    rasanya ramai yang tidak tahu mengenai sejarah di sebalik April Fool ini(termasuk saya sendiri!). Syabas dan terima kasih kerana sudi berkongsi artikel yang sangat menarik ini.

    dulu masa sekolah ustaz cuma kata tak boleh sambut april fool dan tak tahu pun sbb apa?? dpt info ni pun dari e-mail…

  2. nur nina~ April 3, 2009 at 3:56 pm

    masih ramai yg smbut april f00l ni..

    nway.. salam ziarah~ bl0gwalking..

    sbb kita tidak diberitahu kenapa tidak boleh sambut….

  3. fndrocka April 6, 2009 at 7:47 pm

    pensyarah aku buat aprilfool kat kelas…gila tak beliau..gila babeng

    supaya tidak semua pelajar tidur kot…

  4. anamuslimah March 21, 2010 at 2:14 am

    salam alaik. saya cuma mahu berkongsi pandangan mengenai sejarah april fools ini. timbul tanda tanya dalam benak fikiran saya, apakah cerita ini adalah benar atau rekaan semata2. adakah anda begitu yakin mengenai cerita ini? pendapat sy, seeloknya sejarah di sebalik April Fools ini tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat apatah lagi menyebarkannya memandangkan masih ada unsur keraguan dari segi kesahihannya. apa yang penting ialah, kita sebagai umat islam yang ditegah keras berbohong sama sekali tidak boleh menyambut april fools. sekiranya kita jelas tentang hukum Allah yang jelas melarang kita berkata dan berbuat dusta,maka haramlah bg kita untuk menyambutnya. tepuk dada tanya iman~

    sekadar perkongsian pendapat sahaja. maaf kalau ada tersalah kata atau menyinggung perasaan mana2 pihak. terus berjihad di jalan Allahi~ =)

  5. […] to sumber here nuffnang_bid = […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: