disneyland

Pagi2 lagi sudah bertolak ke Disneyland kerana taman tema itu akan dibuka pada pukul 8:00 pagi. Waktunya berubah2 mengikut hari dan musim. Minggu ini dibuka awal kerana sekarang adalah cuti sekolah di Jepun. Kami sampai di sana pada pukul 8:15 pagi tetapi sudah ramai yang datang dan kami terpaksa meletakkan kereta jauh dari pintu masuk iaitu perlu berjalan kaki lebih dari 15 minit. Kami tidak perlu beratur untuk membeli tiket masuk kerana telah membeli awal sebelum datang ke sana. Tempat yang pertama kami tujui adalah Tomorrow Land. Kami ke Micro Adventure untuk merasa sendiri pengalaman menonton 3D. Kemudian ke Star Tours untuk “berperang” di Star Wars. Kemudian mencuba nasib menyertai cabutan tiket untuk menonton persembahan Dream Within di depan istana Cinderella. Kami dapat tiket betul2 di depan pentas untuk persembahan pada pukul 4:20 petang. Walaupun sudah banyak kali ke Disneyland, kami tidak pernah tahu mengenai cabutan tiket ini. Hampir semua tempat perlu beratur lebih dari 1 jam dan yang paling lama adalah di Pooh iaitu selama 180 minit atau 3 jam. Dengan anak2, manakan boleh beratur selama itu. Kami ke It’s a Small World dan anak2 sangat menyukainya terutama Zafri kerana hiasan yang berwarna warni. Zafri boleh tersenyum dan tertawa melihat patung2 yang bergerak, hiasan dan lagu2. Sementara menunggu kami ke Space Mountain, Mama, Zarul dan Zafri duduk di tempat dimana perarakan akan dilangsungkan. Zakwan dibenarkan menaiki roller coaster kerana telah melepasi 102 cm. Zakwan dan Alya langsung tidak takut walaupun bergerak laju dan turun naik secara tiba2. Disebabkan masa masih ada sebelum perarakan diadakan, kami ke Peter Pan Adventure tetapi malangnya perlu beratur lebih 50 minit. Kami hanya dapat menonton perarakan semasa beratur dan Mama sahaja yang dapat mengambil gambar sambil memegang Zafri.
Seterusnya, berjalan2 sambil mencari pop corn dengan bekas yang bermacam2 bentuk karakter Disney. Kami membeli Pooh, Stitch dan Chip & Dale untuk setiap seorang kecuali Zafri. Kemudian menonton persembahan di depan istana Cinderella dan tempat duduk kami betul2 di depan pentas. Anak2 sangat seronok kerana persembahan muzikal yang mudah difahami mereka. Kemudian menaiki bot di Jungle Cruise dan menaiki keretapi di Western River Railway. Hari sudah gelap, kami ke Stitch “Aloha …” dan merasa seperti berada di Hawaii (teringat persidangan di Hawaii itu…ish ish). Kemudian kami menonton perarakan Electrical Parade dan menonton di permulaan perarakan kerana akan terus ke Pooh apabila tamat kelak.Ada beberapa perarakan yang baru. Apabila tamat sahaja perarakan, kami bergegas ke Pooh dan hanya perlu beratur untuk kurang dari 40 minit (pada waktu siang tadi, ada ditulis perlu beratur untuk 3 jam!!) kerana ramai yang masih menonton perarakan yang masih belum sampai ke penghujungnya. Jika diikutkan, Zafri tidak boleh masuk kerana kanak2 perlu duduk sendiri dan kami hanya letakkan Zafri duduk. Zafri sangat menyukai hiasan yang berwarna warni seperti kartun Pooh itu sendiri. Sebaik sahaja tamat, kami ke Pirates of the Carribean dan kanak2 perlu duduk sendiri. Zafri duduk di atas bot dan bergerak di dalam tempat gelap serta bermacam2 efeks suara dan lampu digunakan. Zafri langsung tidak takut dan hanya menangis sedikit di sebaik sahaja tamat. Sebelum ke World Bazaar, kami ke Haunted Mansion dan hanya Zakwan sahaja yang ingin ikut sama. Mama dan anak2 yang lain ke World Bazaar dan melihat gambar kami yang telah siap di Camera Center. Sempat membeli beberapa cenderahati di World Bazaar seperti magnet Mickey dan Minie Mouse, album gambar dll. Disneyland ditutup lewat pada hari ini iaitu pada pukul 10:00 malam dan kami keluar dari sana pada pukul 10:15 (di pintu keluar). Anak2 terus terlena di dalam kereta sehingga sampai di rumah. Mungkin dibuai mimpi berjumpa dengan karakter kegemaran mereka.

p/s: waktu buka dan tutup mengikut ramai orang yang datang adalah sangat elok walaupun pada musim bunga kerana kebiasaanya waktu dipanjangkan HANYA pada musim panas…

-nash-

Tagged:

3 thoughts on “disneyland

  1. lina March 31, 2009 at 2:47 pm

    seronoknya.

    Si Raimie pun dah meminta nak ke Disneylad semula. Kena mengira bajet sebab tiket mahal! huhuhu

    takpe…tiket untuk 3 org je….n raimie masih 70% …hehehe

  2. asuhara March 31, 2009 at 6:57 pm

    wah bestnya…
    disneyland tu termasuk dlm iternery cuti haru 2010 tu..ehehehehe..

    pergi berapa kali pun takpe sbb sentiasa ada “attraction” baru…lagipun tak sempat main semua dlm sehari…

  3. mimisadina March 31, 2009 at 11:28 pm

    Nak kene check jugak ni ttg cabutan tiket Dream Within tuh. Kat mana nak pg? Info Center?

    ada lottery machine di sebelah space mountain ….mungkin dlm peta disneyland ada bagitau…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: