hari graduasi…

Hari ini adalah Hari Graduasi di Tokyo Tech, dan ada beberapa junior yang telah tamat pengajian. Pada hari ini juga, berjumpa dengan junior yang baru sahaja datang ke Tokyo Tech untuk memulakan pengajian di sini. Hari Graduasi disambut lebih meriah dari tahun2 dahulu kerana ada ramai ibu bapa yang datang untuk melihat sendiri anak2 mereka menerima ijazah walaupun tidak semua yang dapat naik ke pentas. Hanya seorang wakil sahaja dibenarkan untuk naik ke pentas untuk menerima sijil dan diadakan upacara pemberian sijil mengikut jabatan oleh para pensyarah. Jubah Tokyo Tech juga boleh disewa walaupun hanya untuk sehari sahaja (atau kurang dari 8 jam untuk 8000 yen). Kami menerima kunjung Prof. dari UKM yang datang ke Tokyo Tech untuk menemui Prof. di sini sebelum membuat kolaborasi penyelidikan. Banyak yang dibincangkan berkisar mengenai penyelidikan, pengalaman dsb. Jaringan penyelidikan adalah penting untuk menaikkan mutu penyelidikan dan perkongsian ilmu serta bidang baru yang boleh diterokai kelak.
Hari ini juga, salji turun berlatarbelakangkan bunga sakura. Bunga sakura masih belum kembang semuanya tetapi salji masih turun walaupun di awal musim bunga. Satu permandangan yang amat sukar dilihat terutama di Tokyo ini. Jika pada tahun2 sebelum ini, sakura sudah banyak yang berkembang menyambut pelajar2 menerima ijazah masing2 tetapi berlainan pula suasana pada tahun ini.

p/s: sakura …. sakura … masa untuk ber”hanami”

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: