berjalan2 (2)

Aktiviti pertama kami adalah berendam lagi di dalam air panas semulajadi (onsen). Zafri sangat suka sehinggakan tidak mahu kakinya ditampung. Dia suka menggerakkan kakinya ala berenang. Walaupun airnya agak panas 40-45C, Zafri dapat menahan dan ingin berendam lebih lama. Bersarapan ala kadar iaitu sandwich telur dan nasi himpit serta kuah kacang namun suasana berada di kawasan yang dikelilingi pokok2 amat mengasikkan dan mendamaikan. Selepas mengemas dan kami check-out pada pukul 10:00 pagi.
Tempat seterusnya adalah Mt. Jeans iaitu kawasan bermain ski yang ada berhampiran. Disebabkan sekarang adalah penghujung musim sejuk, tidak ramai yang datang dan salji yang ada hanya tinggal sedikit sahaja. Anak2 seronok bermain sori atau sledge yang kami bawa dari Tokyo. Zafri seronok bermain walaupun kesejukan. Setelah puas bermain salji (untuk kali terakhir pada musim ini), kami bertolak ke Nayu Yumoto di tempat yang lebih tinggi yang terkenal dengan onsen (hot spring). Sampai sahaja di sana, bau sulfur yang kuat mengingatkan Zakwan pada Nikko yang terkenal dengan Kurotamago. Banyak kali Zakwan meminta kami membelikan Kurotamago tetapi tidak ada dijual di sana. Angin amat kuat sehinggakan kadangkala terasa kereta kami bergegar. Suasana di luar amak mengasikkan dengan salji yang masih ada di tepi2 jalan dan bawah pokok. Kami menuruni bukit ke Tsutsuji Tsuribashi (Jambatan Gantung Tsutsuji), tetapi tidak berani menyeberanginya kerana keadaan angin yang sangat kuat. Bendera angin mendatar yang menunjukkan angin sangat2 kuat dan ada diletakkan tanda amaran. Kami hanya sempat bergambar dan seterusnya ke tempat sumber air panas dan semestinya bau sulfur sangat meloyakan. Hanya bergambar dan mencari tempat untuk makan tengahari di pekan Nasu. Kami menjumpai kedai yang menarik senibinanya dan suasana dalamnya kekal seperti rumah Jepun zaman dahulu. Terasa seperti berada di era Meiji. Ada banyak makanan berasaskan sayur2an dan ikan yang merupakan makanan asal masyarakat Jepun pada masa dahulu. Amat menyelerakan.
Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Cheese Garden untuk membeli Cheese Cake dan Okasi no oshiro untuk membeli Dorayaki (cheese dan kacang hitam) serta kuih berintikan kastad telur. Hanya singgah sekali di R&R dan sampai di rumah dalam pukul 9:00 malam. Sempat menonton drama “Voice” siri terakhir.

p/s: letih tetapi dapat merehatkan fikiran yang pening memikirkan penyelidikan dan tesis pada penghujung pengajian kami…

-nash-

Tagged: ,

2 thoughts on “berjalan2 (2)

  1. umeboshi March 27, 2009 at 11:53 am

    seronok nye p coti2 sekeluarga camni..

    xtvt kami walaupun dlm kesibukan…

  2. lina March 28, 2009 at 4:55 pm

    takde gambar ke kat sini?

    akan upload…tungguuuuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: