berjalan2 (1)

Pagi2 lagi kami sudah bertolak ke Utsunomiya untuk ke rumah Sam dan Ruby. Kami kenal mereka pada tahun lepas semasa sedang membeli makanan di Food Court @ Sano Fujioka Outlet Mall. Walaupun kenal sekejap, anak2 cepat mesra dan bermain seperti sudah kenal lama. Selepas itu, telefon, e-mail, fb dll sebagai cara untuk berhubung. Sampai di rumah mereka dalam pukul 11:30 tengahari dan dijamu makan tengahari yang enak2 belaka. Anak2 puas bermain terutama yang lelaki kerana jarak umur antara mereka tidaklah berapa jauh. Terima kasih banyak2 kepada Sam dan keluarga kerana sudi menerima kunjungan kami ke sana dan Ruby dengan masakan yang enak2 belaka.
Seterusnya kami ke Nasu Garden Outlet untuk tidak lain dan tidak bukan….melihat2 apa yang berkenan di hati. Kali ini tidak banyak diskaun yang diberi dan tidak berjumpa dengan apa yang dicari. Hanya membeli “button” Crocs untuk anak2, sayur2an dan buah2an yang segar dari petani di pasaraya basah di sana. Setiap barangan di letakkan gambar dan biodata petani yang mengusahakannya. Secara tidak langsung, pembeli akan lebih yakin dengan barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Pada pukul 7 malam kami bertolak ke cottage yang kami sewa di Nasu Kogen (Nasu Highland) yang dilengkapi dengan air panas dari dalam tanah (air panas semulajadi yang sedikit beralkali, pH 9.45). Sudah tiga kali kami ke sana dan kali ini kami dapat tinggal di cottage yang lain dari yang biasa kami bermalam. Dalamnya yang kemas dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektrik dan perkakas memasak. Bilik air yang luas adalah kegemaran anak2 kerana mereka boleh berendam sambil bermain2 di dalam “bath tub” yang besar. Makan malam yang mudah dan juadah utama adalah sayur2an. Selepas makan malam, anak2 berendam dan tidak perlu memasang alat pemanas walaupun suhu di luar sudah hampir ke takat beku (2-5C).

p/s: menghirup ion negatif yang tidak selalu ada di Tokyo…

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: