hari terakhir persekolahan….zakwan…

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan (tadika) dan akan bercuti sehingga 9 April nanti. Zakwan membawa pulang semua alatan dan beberapa gambar yang telah dilukis sepanjang setahun. Setiap tahun, mereka akan melukis berbagai2 gambar sebagai kenang2an selepas acara2 penting seperti undokai (hari sukan), ensoku (outing), yuugikai (concert) dll. Albumnya diberinama “Omoide” atau memori. Bermula bulan April nanti, Zakwan akan naik ke Tahun akhir atau nenchou dan Zarul pula akan memulakan persekolahan sebagai nensyo (Tahun pertama) walaupun hanya untuk 6 bulan sahaja. Zarul seronok menunggu hari2 yang dinantikan. Barang2 untuk Zarul masih belum dibeli dan Zarul telah meminta barang2 bentonya yang mempunyai karakter karton kegemarannya seperti Anpanman, Ultraman dll.
Senarai barang2 yang perlu disediakan telah diberikan oleh sensei tadikanya dan ada banyak yang perlu diikuti seperti saiz, jenis dll. Ini adalah perkara biasa kerana mereka teliti dalam menentukan barang2 yang boleh dan tidak boleh dibawa ke sekolah supaya semua murid2 membawa benda2 yang sama dengan yang lain. Dan sebenarnya memudahkan ibubapa mencari barang2 yang perlu dibeli kerana terlalu banyak jenis dan warna untuk setiap barang yang disenaraikan. Contohnya: saiz kain untuk diletakkan di bawah bento bako (bekas makanan) semasa makan yang ada pelbagai jenis dan warna.

p/s: bertambah sibukla kami dengan acara2 yang perlu diikuti di tadika dan sekolah nanti…

-nash-

One thought on “hari terakhir persekolahan….zakwan…

  1. lina March 21, 2009 at 5:52 pm

    wah sibuklah Mama Papa dengan hal-hal barang sekolah lepas ni. :)
    Nnt balik bulan 10, maknanya budak-budak masuk sekolah di Malaysia hanya utk 1 1/2 bulan untuk tahun 2009 ye?

    belum pasti lagi samada nak masukkan ke sekolah atau tution sahaja untuk cover bykkkk yg tertinggal sebelum masuk sekolah tahun depan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: