lengang

Pagi2 lagi sudah ke lab untuk membuat kerja2 yang masih banyak belum selesai. Kampus lengang dan cuma ada lori2 di kawasan pembinaan bangunan yang baru. Di lab juga lengang, cuma sekali sekala lampu koridor menyala (lampu koridor hanya akan menyala apabila ada orang untuk menjimatkan penggunaan elektrik). Dapat membuat simulasi dan analisis data yang ada dalam suasana tenang tanpa gangguan. Pelajar2 yang lain sudah bercuti termasuk yang akan menamatkan pengajian iaitu cuma menunggu hari konvokesyen pada 26 Mac nanti. Perlu menyiapkan kerja2 ini secepat mungkin kerana akan bercuti (declare sendiri..hehehe) semasa kakak dan kawannya yang akan datang dari Malaysia pada hari Jumaat nanti.
Bukan selalu kampus selengang ini, walaupun pada cuti musim panas yang panjang. Mungkin juga cuaca yang tidak berapa sejuk sesuai untuk berjalan2 atau melancong. Bunga sakura sudah berputik dan insyaallah akan berbunga lagi beberapa hari. Musim bunga yang dinanti2kan sudah tiba di Tokyo tetapi di kawasan pergunungan Alps Jepun masih bersalji sehingga pertengaha bulan April. Masih ada masa untuk bermain ski atau salji untuk anak2 sehingga hujung bulan ini. Musim sejuk terakhir kami sudah sampai ke penghujungnya dan tinggal lagi 2 musim sebelum pulang ke tanahair tercinta yang kami rindui.

p/s: haru ga kita, haru ga kita, doko ni kita…..

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: