kembali berguna

“Car Navi” kereta kami telah siap dibaiki semalam (selepas dekat 2 minggu di Toyota Service), dan HDD yang rosak telah diganti baru. Setelah diganti dan “install” perisian yang terbaru, tidak ada garisan semasa menggunakan gear reverse atau reverse camera. Lama juga mereka mencari dan membuat setting seperti asal. Layanan yang mesra membuatkan kami tidak langsung terasa menunggu kerana disediakan minuman, makanan dan mainan untuk anak2. Selepas sejam menunggu, juruteknik atau jurutera yang bertugas, datang berjumpa dengan kami dan menerangkan yang mereka masih mencari setting yang betul. Ucapan meminta maaf memang tidak terkira banyaknya termasuk tunduk gaya mereka…yang penting sekali semuanya adalah percuma kerana masih ada “warranty” walaupun kereta terpakai.
Setelah semua selesai, kami ke Sushiro dan sampai agak lewat iaitu waktu makan malam dan semestinya penuh dengan pelanggan. Kami hanya membeli bungkus sahaja iaitu sushi (48 kan atau buah ?? biji ?? ketul ??) dan temaki sushi. Anak2 suka sangat makan temaki sushi kerana mereka boleh memilih sendiri apa yang hendak diletakkan di dalam sea-weed atau nori. Mungkin lepas ini, temaki sushi akan menjadi menu tetap untuk “take-away” menu…hehe

p/s: sebelum ini makan temaki sushi yang segera di 7 eleven dll sahaja…

-nash-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: