cerita semalam (2)

Pada hari ini, kami ke Kamogawa Sea World yang terletak kurang 10 minit perjalanan dari hotel tempat kami menginap. Di Kamogawa Sea World, ada berbagai koleksi hidupan laut setempat iaitu di laut berdekatan dan ikan2 tropika. Disamping itu diadakan juga pertunjukan Beluga (sejenis ikan paus putih), ikan lumba2, ikan jerung dan singa laut. Bermacam aksi yang sangat mengasyikan terutama ikan lumba2 dan ikan jerung.

Seterusnya, kami ke tempat membuat tembikar dan barangan dari tanah liat. Kami mencuba sendiri membuatnya dengan menggunakan mesin pemusing dan tanah liat. Seronok membuat sendiri gelas, pasu bunga dll. Selepas itu, kita boleh memilih dari hasil buatan sendiri dan mereka akan mengeposnya kemudian setelah dikeringkan dan disiapkan dengan kilatan pada permukaan tanah liat. Sebelum bertolak pulang ke Tokyo, kami singgah di kedai makan berhampiran yang menghidangkan makanan laut yang sangat murah dengan kuantiti yang agak banyak. Semuanya sangat segar dan sedap2.

p/s: sudah pasti akan ke sana lagi dengan keluarga…

-nash-

Tagged: ,

4 thoughts on “cerita semalam (2)

  1. batuterang March 18, 2009 at 5:13 am

    Teringin nak ke sana sebab dengar kata Chiba banyak tempat menarik. Cuma tahun ni bajet terpaksa dikawal ketat. Huhu..

    tak la berapa banyak tempat yg menarik cuma dekat dengan tokyo sbb boleh guna aqualine…

  2. saharil March 18, 2009 at 10:06 am

    beluga tu yang keluarkan beluga caviar ye? laa. selama ni, ingatkan nama tempat..

    sejenis ikan…sgt cerdik dan boleh berkomunikasi dengan manusia…

  3. saharil March 18, 2009 at 10:07 am

    oh, from wikipedia, beluga caviar bukan dari ikan ni.. dari sturgeon. :P

    aah…rasanya beluga ikan air masin tetapi ikan yg ada caviar tu air tawar….

  4. hairieusoff March 18, 2009 at 11:23 pm

    bagus hasil kerja tangannya…nanti boleh buka satu di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: