bahasa…

Di Malaysia sekarang hangat dibincangkan mengenai keberkesanan PPSMI dan jati diri serta Bahasa Malayu itu sendiri. Di sini pun terasa kehangatannya walaupun tidak secara langsung. Sebenarnya, tujuan asal memulakan PPSMI di peringkat awal seperti yang disarankan oleh Dr. M adalah sangat sesuai cuma apa yang kurang dititikberatkan adalah perlaksanaannya. Di mana2 di luar negara, pengajaran atau menitikberatkan bahasa Inggeris adalah perkara biasa kerana keadaan globalisasi yang memerlukan kita berkomunikasi atau menyampaikan idea dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh majoriti rakyat dunia. Di Jepun ini juga, sudah ada usul supaya dimulakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sejak dari sekolah rendah (buat masa ini bahasa Inggeris hanya diajar kepada murid2 sekolah menengah rendah sahaja). Pada pandapat saya, pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri yang perlu diperkasakan dan biarlah Matematik dan Sains di dalam bahasa Melayu supaya asas2 ini yang patut diutamakan. Jika murid2 sudah faham dan kukuh asasnya barulah diajar sedikit demi sedikit di dalam bahasa Inggeris. Kenapa sekolah aliran Cina boleh mengadakan kelas bahasa Cina dan Inggeris untuk Matematik dan Sains?? Tujuannya adalah untuk murid2 dikuatkan dulu dengan asas2 Matematik dan Sains supaya dengan sendirinya mereka akan lebih faham di peringkat yang lebih tinggi. Terma2 bahasa Inggeris boleh diperkenalkan dari peringkat seawal darjah 1 dan mungkin dwibahasa untuk permulaannya. Kesian melihat anak2 dibebankan dengan pembelajaran yang padat sehinggakan tidak ada masa untuk bergaul dengan kawan2 dan merasa zaman kanak2 mereka.

p/s: sistem pembelajaran berteraskan peperiksaan sebenarnya memberikan tekanan kepada anak2…setelah merasa sendiri sistem pembelajaran yang anjal seperti di Jepun ini.

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: