promosi 90 yen sepinggan

Kalau ditanya pada anak2 serta kami berdua apakah makanan Jepun kegemaran kami sudah pasti jawapannya; sushi selain dari beberapa makanan Jepun yang lain seperti soba, udon, unagidon (tenju), tendon dll. Pada minggu ini, Sushiro, iaitu kedai kaiten sushi (sushi yang bergerak dengan konveyor) yang berasal dari Osaka mengadakan promosi jualan 90 yen sepinggan sushi (termasuk cukai pengguna) yang biasanya berharga 105 yen sepinggan. Jika pergi makan bersama anak2, selalunya 30 hingga 40 pinggan adalah jumlah yang biasa dimakan oleh kami. Disebabkan anak2 balik awal dari sekolah dan tadika pada setiap hari Rabu, kami bertolak awal ke Sushiro di Kawasaki kerana untuk mengelakkan kesesakan (sebelum ini pernah menunggu lebih setengah jam) iaitu pada pukul 4:30 petang. Sampai sahaja di sana, kami dapat makan dengan tenang kerana kedai tersebut masih belum penuh dengan pelanggan. Sushi yang sedap pada masa ini seperti hamachi, amaebi, buri dll. Musim sejuk adalah musim yang paling sesuai untuk makan sushi kerana ikan2nya masih segar dan banyak rasa lemaknya (yang sebenarnya kurang baik untuk kesihatan??). Zakwan dan Zarul dengan amaebi dan Alya dengan hotate. Kali ini kami tidak makan banyak kerana mungkin makan malam yang terlalu awal (walaupun diluar sudah gelap) iaitu 31 pinggan tidak termasuk sup miso. Disebabkan cuaca hujan diluar, kami terus pulang ke rumah dan anak2 terlena di dalam kereta kerana kekenyangan dan cuaca yang sejuk.

p/s: harga barangan di sini banyak yang telah turun harga kerana keadaan ekonomi sekarang…mungkin “give & take” dari pengeluar dan pekedai…

-nash-

Tagged:

One thought on “promosi 90 yen sepinggan

  1. lina March 7, 2009 at 1:42 am

    bestnya… 31 pinggan! Banyak tu. Mesti budak-budak enjoy.

    Kat sini berbeza pula ya, susahnya harga nak turun. :(

    biasanya lebih 40 pinggan…hari tu kami pergi early dinner..so anak2 tak lapar sgt…pasal nak mengelak beratur tunggu giliran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: