jemputan makan

Semasa menerima jemputan ke rumah Kak Pah tempoh hari, kami hanya mengatakan mungkin tidak dapat hadir kerana Papa perlu ke Hawaii tetapi disebabkan tidak dapat menghadiri persidangan di sana kami membuat keputusan untuk ke rumah Kak Pah. Tetapi “Car Navi” kami sedang dibaiki, nasib baik juga ada “NAVITIME” yang memberikan peta perjalanan dengan jelas dan lengkap. Hanya berpandukan peta yang diberikan, sampai juga kami ke rumah Kak Pah. Jamuan ini diadakan sebagai jamuan perpisahan dan perkenalan kepada yang baru datang dan akan meninggalkan Tokyo setelah tamat pengajian di sini. Sampai ke rumah Kak Pah dalam pukul 1:00 tengahari dan kami adalah antara tetamu terawal yang datang. Banyak juga juadah yang disediakan: laksa, ikan bakar, kuih seri muka dll. Ramai juga tetamu yang kami baru kenal dan sibuk berborak sehinggakan lupa untuk mengambil gambar. Anak2 seronok bermain dengan kawan2 walaupun baru berkenalan. Pulang ke rumah selepas Maghrib kerana anak2 akan ke sekolah esok. Terima kasih kepada tuan rumah iaitu Kak Pah sekeluarga kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke sana.

p/s: ada yang datang dan akan pergi meninggalkan Tokyo…

-nash-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: