bandar tekstil

Sudah lama Mama ingin ke Nippori yang sinonim sebagai Bandar Tekstil. Ada banyak kedai2 menjual segala jenis tekstil dan barangan dari tekstil. Kali ini kami dipelawa oleh Kak Pah yang juga ingin ke sana. Kali ini hanya Alya yang ikut kerana jika membawa Zakwan dan Zarul sudah pastinya mereka akan bosan melihat kain2 dsb. Banyak juga kedai2 yang menjual kain yang sangat murah sehingga ada yang dijual semurah 100 yen semeter. Kami tekejut kerana segala jenis kain atau barangan untuk membuat baju dan pakaian ada dijual sehinggakan kulit lembu dsb juga dijual. Kami hanya membeli kain untuk menutup “hot carpet” atau permaidani pemanas yang sangat sesuai digunakan pada musim ini. Mama juga telah di”goda” dengan mesin jahit yang boleh menyulam pelbagai bentuk dan “design” dari komputer atau gambar foto. Perlu melihat bajet terlebih dahulu sebelum membeli mesin jahit yang MAHAL tetapi sangat berguna.
Selepas habis membeli kain2 dsb, kami ke Ueno atau lebih tepat lagi Ameyoko untuk membeli barangan dapur. Ikan2 dan baragan basah dijual dengan harga yang sangat murah atau hampir separuh harga dari supermarket biasa. Kami membeli: tarako, hotate, saba, maguro dll.

p/s: Ameyoko sinonim dengan persiapan orang Tokyo sebelum menyambut Tahun Baru…

-nash-

Tagged:

One thought on “bandar tekstil

  1. een March 9, 2009 at 7:30 pm

    nash sensei,hajimemashite.
    nak tny,nippori yg ade jual bnyk2 kain murah ni..kat bhgn mana ek?dekat tak rs2nye ngan nippori eki tu ?
    -een

    boleh browse di sini: http://www.netlaputa.ne.jp/~nippori/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: