keputusan perlu dibuat

Semalam dan hari ini kami tidak boleh masuk ke kampus universiti kerana diadakan peperiksaan kemasukan ke universiti untuk sesi hadapan. Memandangkan tarikh untuk ke Hawaii sudah semakin hampir dan pagi2 lagi sudah menelefon Kedutaan Amerika untuk kali ketiga menanyakan keputusan permohonan US Visa. Seperti biasa, perlu membayar lebih 2000 yen HANYA untuk mengetahui keputusan permohonan visa. Dan jawapannya adalah akan dihubungi kemudian dan kali ini dengan telefon dan bukan e-mail lagi. Menjelang tengahari, mendapat panggilan telefon dari Kedutaan Amerika dan jawapannya adalah MASIH diproses iaitu “administrative processing”. Bila ditanya lebih lanjut, hanya diberitahu semua proses adalah rahsia dan tidak boleh diberitahu lebih lanjut walaupun hanya menanyakan sedang diproses di peringkat mana. Hanya diberitahu jika visa telah diluluskan, akan mengambil masa lagi 3 hari hanya untuk mengecop pasport dan 2 hari untuk pos. Sudah semestinya tidak sempat untuk sampai sebelum Sabtu petang iaitu masa penerbangan ke Honolulu. Satu soalan yang tidak masuk akal, adakah mahu menarik balik permohonan visa dan duit pemprosesan tidak akan dipulangan. Adakah mereka terlalu memerlukan wang untuk membangunkan negara mereka dalam keadaan kemelesetan ekonomi sedang terul melanda Amerika kini???
Hari ini juga telah membatalkan tiket penerbangan dan hotel untuk ke Hawaii. Hanya 30% sahaja dari wang yang telah dibayar akan dipulangkan. Setiap perkara itu ada hikmahnya dan reda dengan apa yang telah berlaku. Apa yang lebih penting, kertas yang tidak dapat dibentangkan telah dicetak dan boleh dikira sebagai kertas persidangan.

p/s: lebih baik memikirkan atau mencari persidangan yang diadakan di tempat selain US…tapi adakah sensei akan setuju…kerana bagi mereka US adalah segala2nya…

-nash-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: