tok teh @ jepun

Semasa kali pertama berhari raya di Jepun ini bersama anak2, kami diperkenalkan kepada Kak Pah atau Tok Teh kepada anak2. Bertambahlah nenek atau tok kepada anak2. Kak Pah sendiri yang membiasakan dirinya sebagai Tok Teh. Anak2 gembira dan seronok ketika berada di rumah Kak Pak kerana dilayan dan dapat bermain dengan anak2 Kak Pah yang separuh Melayu dan Jepun. Mula2 dahulu, anak2 kurang berkomunikasi dengan mereka kerana tidak berapa mahir berbahasa Jepun. Selepas masa berlalu, anak2 sudah mesra dengan anak2 Kak Pah dan berkomukasi seperti biasa dan begiu cepat dapat membiasakan diri dengan cuaca dan suasana kehidupan di Jepun ini. Hari ini kami ke rumah Kak Pah setelah beberapa lama tidak ke sana sejak Zafri di “dalam perut”. Menu hari ini: mee rebus, bubur kacang, nasi minyak dll. Sebelum ke sana, kami ke Urawa untuk menjemput kawan Mama dan Papa yang sedang berkursus bahasa Jepun di sini untuk 2 bulan. Mama pernah sama2 berkerja di Kulim dahulu. Menjelang senja kami ke rumah Nor dan Faizal yang juga terletak berdekatan dengan rumah Kak Pah. Anak2 dapat bermain dengan anak2 mereka. Terima kasih kepada Kak Pah dan keluarga, faizal dan keluarga dan Kak Zizi.

p/s: sekali sekala dapatlah anak2 berbahasa Melayu

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: