cuaca panas di musim sejuk

Pagi2 lagi sudah ke lab untuk menyudahkan kerja tertungak dan berjumpa dengan sensei untuk berbincang mengenai keputusan simulasi dan kerja seterusnya. Dari rumah terasa sejuk dan seperti biasa memakai baju jaket. Mama, Zakwan dan Zarul pula ke sekolah Alya kerana diadakan hari terbuka sekolahnya dan murid2 membuat persembahan mengikut kelas. Alya membuat persembahan menggunakan melodion dan nyanyian beramai2. Acara diadakan di dewan sekolah yang dihadiri oleh ibubapa murid2 serta orang lain. Di sebelah tengaharinya pula ibubapa dibenarkan melihat aktiviti murid2 atau anak2 mereka di kelas masing2. Menurut kata Mama, Alya lebih ceria dan seronok melakukan aktiviti dengan kawan2nya berbanding masa awal masuk ke kelas itu tahun lepas. Di Jepun ini, sesi persekolahan bermula pada awal bulan 4 yang sinonim dengan bunga sakura melambangkan kehidupan baru dan menamatkan persekolahan di semua peringkat.
Selepas pukul 11:00, ada terbaca status kawan2 di Facebook mengatakan suhu di Tokyo adalah 23C dan akan naik menjelang lewat tengahari. Selesai semua urusan di lab, ternampak orang2 yang lalu lalang di bangunan lab memakai t-shirt dan hanya memegang jaket mereka. Mungkin benarlah suhu di luar panas tidak seperti hari biasa di musim sejuk ini. Semasa berjalan pulang ke rumah, hampir semua orang hanya memakai sehelai t-shirt dan berpeluh. Terkejut pun ada pada masa itu. Mungkin suhu pada masa tersebut adalah lebih 25C yang biasanya pada awal musim panas. Kalau ikutkan kebiasaan musim sejuk di sini, bulan Januari dan Februari adalah pertengahan musim sejuk dan selalunya salji akan turun sekurang2nya sekali. Di sini, amat mudah untuk merasai “global warming” yang mungkin kita tidak atau kurang merasainya di Malaysia selain hujan batu dan banjir. Kawan2 di UK pula seronok pada masa ini kerana salji di sana agak lebat pada tahun ini dan ini adalah petanda kuasa Allah swt iaitu keseimbangan musim dan cuaca di bumi ini.

p/s: mungkin salji tidak turun di Tokyo pada tahun ini…

-nash-

Tagged:

6 thoughts on “cuaca panas di musim sejuk

  1. hairieusoff February 17, 2009 at 9:11 pm

    dah sejuk balik kna..hehe..gila betul cuacanya

    baru terasa kembali musim sejuk yang sebenarnya…fuyurashi na samusa modottane…

  2. teekay zamri February 19, 2009 at 4:09 pm

    nannen buri no kana, yuki ga furanai tokyo?

    2 nen buri kana…2 nen mae mo dantou datta

  3. xara February 19, 2009 at 4:12 pm

    wah.. 23c dikira panas? Kami di pejabat ni kalau suhu air cond opis turun daripada 25C pun dah jerit-jerit sejuk. Kalau 21C, semua orang dah menyarung baju panas dan pashmina. Ish..ish..

    walaupun 23C sejuk di Malaysia, tetapi di sini perubahan suhu dari bawah 10C ke atas 20C amat terasa

  4. lina February 19, 2009 at 9:12 pm

    rasa tahun lepas, time macam ni, banyak yg bercerita pasal yuki turun kat Tokyo. Betul?
    23C, selesa sangat untuk pergi berholiday.

    ada yang hanya memakai t-shirt lengan pendek..tahun ini masih belum turun yuki

  5. en_me February 19, 2009 at 9:42 pm

    salji memang tidak turun di malaya sampai bila-bila ghitewww.. salammms dr me dikejauhannns

    salam juga dari kami, salji turun di mines wonderland..hehe

  6. batuterang February 21, 2009 at 3:08 pm

    sebelum ni ada jugak hari yang panas kat sini
    tapi sudah kembali sejuk
    angin….kuat pulak tu

    sini pun sudah kembali sejuk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: