santai hujung minggu

Kami ke Round 1 untuk bermain bowling kerana ada promosi jika ke sana buat kali kedua akan mendapat jam berbentuk pin bowling. Lagipun anak2 pun dah “gian” nak main bowling. Mungkin tidak puas bermain 3 games beberapa minggu lepas. Dan ini juga adalah “hadiah” untuk Alya. Sampai sahaja di sana, kami terpaksa menunggu lebih 2 jam kerana penuh dan kami menggunakan tiket promosi bermain dart untuk 10 minit dan billiard untuk20 minit. Anak2 seronok bermain kerana ini adalah kali pertama mereka bermain dart dan billiard. Sebelum ini mereka hanya main dengan Nintendo Wii sahaja sama juga seperti bowling. Dartnya tidak merbahaya kerana hujungnya hanya menggunakan getah dan scoreboardnya adalah automatik. Tidak perlu mengira sendiri dan anak2 dapat bermain mengikut arahan yang diberikan mengikut giliran. Zakwan amat meminati permainan dart sampaikan melompat2 apabila mendapat markah tinggi.
Kemudiannya kami bermain billiard selama 20 minit. Zakwan dan Zarul masih mahu mencuba walaupun mejanya agak tinggi. Papa cuma memegang (bridge) dan mereka yang menolak kayunya. Alya boleh bermain sendiri dan sudah boleh mengenakan kayu dan bola. Cuma masih tidak dapat mengawal kelajuan kayu dan target pada bola putih.
Setelah tiba giliran kami untuk bermain bowling, anak2 sudah tahu mencari bola yang biasa digunakan iaitu 5 paun dan menunggu giliran masing2 untuk membaling bola. Mula2 Alya tidak ada mood hendak main kerana markahnya kurang dari Zakwan tetapi apabila sudah dapat mengawal balingan bola sehinggakan dapat mata spare barulah dapat bermain dengan seronok. Pakej yang biasa kami guna iaitu 3 games untuk keluarga iaitu lebih kurang 5500 yen (termasuk sewa kasut) untuk 4 orang. Zakwan dan Zarul bergilir2 membaling bola kerana rasanya tak berbaloi untuk memberikan Zarul dan Zakwan 3 games masing2. Mungkin selepas ini, apabila mereka sudah mahir membaling dan mengawal bola, bolehlah bermain 3 games penuh. Selepas letih bermain, kami tidak singgah ke mana2 family restaurant atau kedai sushi kerana keletihan. Cuma singgah di pasaraya berdekatan untuk membeli bento dan barangan dapur.

p/s: harap2 ketagihan bermain bowling boleh diubati…hahaha

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: