alergi debunga

Sejak hari Isnin lagi tekak sakit, hidung berair dan pening2 setiap kali berada di tempat terbuka dan selepas lama di luar rumah atau lab. Mula2 ingatkan tanda2 awal selsema atau demam musim sejuk ini. Atau mungkin juga berjangkit dari Zakwan yang sedang selsema. Terpaksa bertahan kerana sibuk dengan kerja2 yang perlu diselesaikan di lab. Tetapi, pada hari Jumaat, tidak dapat menahan sakit tekak dan selsema dengan hanya makan のど飴「のどあめ」(nodoame: gula2 untuk menghilangkan sakit tekak).Klinik yang biasa pergi ketika selsema dan demam adalah klinik telinga, hidung dan tekak atau ENT atau 耳鼻科病院「じびかびょういん」(jibika byouin). Di Jepun ini tidak boleh membiarkan selsema melarat kerana boleh berlarutan sehingga berangkit ke telinga dan boleh mendapat 中耳炎「ちゅうじえん」(chuujien: otitis media or inflammation of the middle ear). Akibatnya telinga akan bernanah dan sehingga tidak boleh mendengar dan sakit di dalam telinga. Oleh kerana itu, kami biasanya akan ke klinik pakar ENT apabila demam atau selsema. Setelah diperiksa, doktor mengatakan yang pada setahun yang lepas waktu yang sama (1 Feb 2008), menghidap simptom yang sama iaitu alergi debunga. Sudah lama tidak mendengar berita dan menonton ramalan cuaca yang biasanya diberitahu bila debunga2 akan mula berterbangan, mengikut kawasan dan tahap debunga yang ada. Doktor mengatakan yang debunga dari pokok matsu atau pokok pine sudah mula berterbangan. Doktor memberikan ubat selama seminggu untuk mengurangkan alergi. Alergi debunga atau 花粉症「かふんしょう」(kafunsyou) adalah alergi biasa menjelang musim bunga dan pelbagai barangan untuk mengurangkan terkena alergi debunga dari sabun basuh untuk mengurangkan elektrik statik agar debunga tidak melekat pada pakaian, “mask” dll. Sini masih musim sejuk walaupun salji masih belum turun. Mungkin terpaksa membawa anak2 ke tempat bermain ski untuk memberi peluang kepada anak2 bermain salji puas2 dengan sori atau “sledge”. Sedang memikirkan bila masa yang sesuai kerana Papa dan Mama sibuk dengan penyelidikan yang tidak habis2…

p/s: mungkin juga petanda untuk mendapatkan rehat yang secukupnya…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: