keputusan peperiksaan

Keputusan peperiksaan 漢字検定「かんじ けんてい」(kanji kentei: kanji examination) telah diumumkan oleh sensei Alya dan berjaya lulus Level 12. Sebelum ini Alya telah mengambil Level 14 dan mendapat markah penuh. Sepatutnya dia perlu mengambil Level 13 tetapi kami mencabar Alya supaya mengambil Level 12 untuk menguji pemahaman tulisan kanji yang telah dipelajari di dalam kelas dan termasuk beberapa tulisan kanji yang masih belum diajar. Alya berjaya mendapat 92 markah (ada 4 soalan yang salah dijawab termasuk 3 yang masih belum diajar). Markah lulus adalah 80 markah dan markah bukan sahaja diberikan jika boleh menulis sesuatu perkataan itu dengan betul tetapi “stroke” dan “balance” setiap huruf yang ditulis juga diperiksa. Ada tempat yang perlu diberhentikan, diteruskan dll perlu ditulis dengan betul. Untuk persiapan sebelum peperiksaan, kami membenarkan Alya membuat latihan melalui permainan Kanji DS dan latihan menulis setiap huruf Kanji yang masih belum belajar.

p/s: anak2 masih kurang berminat untuk membaca buku2 BM dan BI, tetapi kalau buku bahasa Jepun apa sahaja mesti mereka baca dengan penuh minat…komarimashita…

-nash-

Tagged:

3 thoughts on “keputusan peperiksaan

  1. hairieusoff February 8, 2009 at 3:00 am

    dah balik Malaysia nanti diorang minat buku BM or BI pulak..

    harap2 begitulah…dan tidak pula lupakan Nihonggo..

  2. lina February 8, 2009 at 9:34 pm

    takpa, balik Malaysia boleh baca buku dlm 3 bahasa. Buku Jepun banyak gak kat Kinokuniya tu. :D

    mungkin terpaksa berikan juga buku2 bahasa Jepun supaya tak lupa bila dah balik Msia nanti…

  3. lina February 12, 2009 at 6:54 pm

    yelah, sayang kan kalau lupa ilmu belajar Japanese bila dah balik nanti. Anyway, beli buku boleh claim rebet from income tax. :D

    aah…itu sudah semestinya…buat masa ni beli buku dari book off je…murah dan byk pilihan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: