pelalian

Pelalian BCG untuk bayi2 agak lambat diberikan kerana untuk antibodi semulajadi sendiri melawan virus dll. Bayi2 akan diberikan pelalian BCG selepas berumur lebih 3 bulan dan suntikannya pun tidak sama seperti di Malaysia. Jika di Malaysia, sebaik sahaja bayi lahir, suntikan BCG dan vitamin K akan diberikan tetapi di sini berlainan pula; vitamin K akan diberikan semasa pemeriksaan selepas sebulan lahir dan pelalian BCG pada bulan ketiga atau keempat. Suntikannya juga berlainan iaitu seperti tatu yang ada 9 jarum dan disuntik pada 2 tempat supaya kesan atau parutnya tidak jelas kelihatan. Zafri juga diberi beberapa buah buku bergambar percuma supaya budaya membaca boleh diserapkan sejak dari bayi walaupun masih berumur 4 bulan. Ibu2 pula diberikan penerangan mengenai pemakanan bayi dan penjagaan kesihatan ibu2 itu sendiri. Ada beberapa pelalian tidak wajib di sini tetapi masih boleh diambil di klinik kanak2 yang lain. Mungkin kerana penyakit2 tertentu sudah tidak wujud di Jepun ini ?? Berat Zafri sekarang adalah 6.7 kg dan perkembangannya adalah positif mengikut kata doktor yang memeriksa. Alhamdulillah.

p/s: Zafri sudah makan bubur di sebelah pagi dan malam…tidak boleh melihat orang lain makan didepannya…

-nash-

Tagged:

One thought on “pelalian

  1. hairieusoff February 8, 2009 at 3:01 am

    anak saya akan habiskan 3 serangkai minggu depan…

    ada perbezaan jenis pelalian dari Malaysia dan jika mahu mengambil juga pelalian yang WAJIB di Malaysia perlu tanya pada klinik kanak2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: