gunung asama memuntahkan laharnya…

Pada bulan November 2007, kami pernah ke Karuizawa dan bermalam di cottage yang kami sewa. Pada hari pertama kami telah ke Asama-yama untuk melihat Onioshidashien yang betul2 mengadap Asama-yama. Pada masa itu kami cuma nampak asap berkepul2 dari gunung tersebut. Dan pada hari ini keluar berita mengenai Asama-yama sudah meletus dan mengeluarkan habu2 sehingga ke Tokyo dan Chiba. Asama-yama terletak di Gunma Prefecture iaitu > 200km dari Tokyo. Semalam semasa kami keluar dengan kereta, Mama ada bertanya kenapa kereta berhabuk terutama pada cermin2. Dan Zakwan serta Mama pula tiba2 terkena asthma, padahal Mama telah lama tidak diserang asthma. Mungkin kerana habu2 yang dibawa oleh angin dari Asama-yama. Di dalam berita tadi ada mengingatkan kepada sesiapa yang memakai kanta lekap supaya berhati2 kerana habu tersebut boleh menyebabkan luka pada mata jika termasuk ke dalam mata akibat geselan antara kanta dan mata.

Ini ada gambar yang sempat kami rakamkan semasa ke sana 2 tahun lepas:

p/s: pengalaman pertama kami merasai sendiri bagaimana berhadapan dengan habu2 dari gunung berapi (ini baru permulaan)…

-nash-

Tagged: ,

2 thoughts on “gunung asama memuntahkan laharnya…

  1. Nazz February 3, 2009 at 5:19 pm

    debu2 dgn abuk2 tu ada sama ngan jerebu hutan terbakar kat malaysia ker..?

    debu dari gunung berapi lebih halus dan seperti pasir manakala abuk2 jerebu mungkin lebih besar dan berbau…

  2. HE February 7, 2009 at 2:54 pm

    skrg dah kena abuk debunga pulak?..

    memang dah tak boleh dielakkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: