layanan berbeza

Tengahari tadi kami menghantar kereta untuk “free service” bulan pertama di Corolla. Walaupun kami membeli kereta terpakai, servis untuk bulan pertama diberikan percuma kepada semua kereta yang dijual oleh U-Car Toyota. Kami perlu membuat tempahan awal dengan menetapkan hari dan masa melalui telefon. Sepatutnya servis kereta kami adalah pada pukul 2:00 petang, tetapi kami sampai awal iaitu pada pukul 1:15 petang kerana mahu ke tempat lain setelah tamat servis. Namun, kami disambut dengan sopan dan baik sekali, diberikan minuman dan tempat untuk berehat. Anak2 dapat bermain di ruang permainan yang disediakan. Disambil itu, kami juga dapat melihat2 kereta baru yang dipamerkan seperti Corolla Fielder, Passo Sette dan Sienta. Selepas mendaftar, juruteknik yang bertugas akan memperkenalkan diri sebelum memulakan servis. Ini amat baik sekali kerana kita tidak berasa ragu2 disebabkan telah mengetahui siapa yang bertanggungjawab keatas kereta kita. Dulu pernah beberapa kali membuat servis berkala di kedai servis Proton semasa baru membeli kereta Perdana V6. Malangnya servisnya amat berbeza dengan kali ini walaupun kali ini kami hanya membeli kereta terpakai. Mungkin tuan punya kedai servis Proton (kerana HANYA pernah berurusan dengan PROTON) datang ke sini dan melihat sendiri bagaimana melayan dan membuat servis kereta. Selepas 30 minit, diterangkan serba ringkas keadaan kereta berserta laporan yang lengkap. Kereta itu dipulangkan dalam keadaan bersih dan kemas (selepas itu baru kami sedar kereta itu telah dibasuh oleh mereke…percuma ..hehe).
Seterusnya ke Autobac untuk mencari Rear Flip-monitor untuk dipasang di ruang belakang. Masih belum ada yang berkenan kerana harga dan kesesuaian dengan “car-navigation” yang sedia ada. Mungkin perlu mencari lagi di kedai2 lain. Sebelum ini kami ke Yellow Hat tetapi masih belum berpuas hati dengan harga yang diberikan dan cadangan pemasangan yang diberi.
Kemudian ke Kappa Sushi kerana telah berjanji dengan anak2 untuk makan sushi hari ini. Semalam anak2 perlu menyiapkan semua kerja rumah dan belajar mengikut tugas yang kami berikan. Dan sebagai ganjarannya, hari ini kami membawa mereka ke kedai sushi. Semestinya sushi adalah kegemaran kami dan hari ini sahaja kami telah makan 36 piring termasuk beberapa potong cheese cake. Jaraknya hanya lebih kurang 15 minit dari rumah kami. Mungkin kedai ini akan menjadi tumpuan kami apabila terasa mahu makan sushi kelak.

p/s: mungkin kerana pelanggan dilayan seperti “tuhan” di sini tetapi sebagai “raja” di Malaysia…

-nash-

Tagged:

3 thoughts on “layanan berbeza

  1. lina February 2, 2009 at 2:09 am

    kalau hantar kereta Volvo servis, layanan memang bagus di sini. Siap boleh jamu perut sampai kenyang sambil menunggu.

    Tapi kalau Perodua, duduk diam-diam baca paper ajelah ye. Hehehe

    sebenarnya bukan rugi mana pun kalau sekurang2nya berikan sekotak air dan juruteknik memperkenalkan diri masing2 sebelum memulakan tugas, sekurang2nya pelanggan akan rasa dihargai dan selamat…

  2. nAna February 2, 2009 at 1:09 pm

    perbezaan antara di sana dengan di sini :servis..hihi..layanan tip top kat sini..nak tanye soklan bodo2 po0n tak takoo0t..kat sane, takoo0t nak ty sbb takoo0t tgk muke dorg tak puas ati..ekeke *kokoro junbi shinakya!!*

    *penah ade mase lu..mak sy cari brg kat giant tp xjupe..ty lah staff yg tgh susun brg..dgn yakin nye die kate, stock da abes.. *sdgkan cr po0n x*..then sy sj la usha2 brg tu, ade plak..trus mak sy sound, ‘kalu malas keje, baek berhenti keje..’ terkelu staff tu..hihi :D*

    sebenarnya elok diberikan peluang kepada pelanggan menanyakan soalan supaya mereka lebih faham dan perniagaan bukan sekali tetapi berterusan…tetapi peniaga di Malaysia mungkin berniaga untuk sekali itu sahaja kot..

  3. Zatul February 4, 2009 at 1:25 pm

    service centre toyota kat sini ok jugak.. ada 1 staff responsible for your car. kalau menunggu ada lah tv, internet, minum kopi & biskut kering hehehe…

    pusat servis kereta import mungkin lebih elok (mengikut pengalaman) dari kereta tempatan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: