ujian psikologi

Dapat ujian ini melalui e-mail. Sila fikir2kan:

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan
psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan
kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab
mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya
berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ‘settle’ kan
terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan
dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan
dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan
mengikut keutamaan anda.

Fikir…

Fikir…

Fikir…

Fikir…

Fikir…

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih
pasangan anda.
Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda
mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing
anda.
Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik
air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan
anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan
pasangan anda.
Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda
mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan
anda..

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan
ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang
mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

p/s: apakah jawapan anda??

-nash-

Tagged:

7 thoughts on “ujian psikologi

  1. riza January 28, 2009 at 11:29 am

    Yappari, 1 ne….
    My choice is 1-> 2-> 3-> 5-> 4->

    yeke…hehe

  2. sam January 28, 2009 at 7:15 pm

    sam sama ngan kak zah,tapi pasangan dipilih sebab cintan cintun zaman sekolah..nostalgia woooo!!!

    takpe..mmg dah jodoh…anyway…sama la ye jwpnnya dgn zah…

  3. tekkaus January 29, 2009 at 12:28 pm

    Saya pilih memujuk bayi dahulu!
    3–>1–>2–>4–>5

    Thanks for sharing!

    ooo…nevermind…sharing is caring…

  4. riza January 29, 2009 at 1:24 pm

    I think there is a discrepancy in making the choice based on the chores in daily live. If you are a man, you might thinking of soothing the baby first, and hold the baby to settle other tasks. If you are a mother you will know that by doing that, you will danger the baby. What if you slip when you are on your way to close the tap?
    Whatever your choice be, the answer is always correct. Because these are the qualities we seek from our partner…no doubt.

    exactly….

  5. lina January 29, 2009 at 2:47 pm

    mine is 1,2,3,5,4

    ooo…

  6. Zatul January 30, 2009 at 2:58 pm

    same answer dgn Riza. I guess mothers tend to do it that way.

    yes maybe mother instint…

  7. syidaspongebob November 14, 2009 at 3:29 pm

    sy pegi kat web lain nape jawapannye lak? ni fakta / auta /juz fun je..

Leave a comment