melawat “atuk”

Hari ini membawa anak2 berjumpa dengan Kogure-san yang bekerja sebagai di Shibaura Institute of Technology. Kami kenal dengan dia sejak dahulu lagi, Mama yang selalu mengikuti program SIT seperti ski dll. Semasa hari perkahwian kami pun, dia datang ke Perlis. Anak2 pun agak rapat dengan dia dan dia sendiri menganggap anak2 kami sebagai cucunya dan selalu mengajak kami berjumpa, cuma kesibukan masing2 menyebabkan jarang kami dapat berjumpa. Kebetulan, Tachibana sensei juga ada datang ke pejabat Kogura-san. Tachibana sensei baru sahaja menjalani rawatan kanser dan bertambah sihat untuk bekerja di JAD, Malaysia. Selepas berjumpanya di SIT, kami dibawa ke Lalaport untuk makan sushi yang juga makanan kegemaran anak2 kami. Anak2 seronok dapat makan sushi di depan kaunter, sushi akan dibuat sebaik sahaja kita order. Semua ikan2 dan bahan2 untuk sushi aka neta akan dipamerkan di depan kaunter. Ini juga adalah kali pertama Kogure-san berjumpa Zafri yang sudah 4 bulan. Walaupun sudah diakhir bulan Januari, anak2 diberikan otoshidama (ang pow) yang biasanya diberi pada Tahun Baru.
Kemudian, kami ke rumah Usop dan Ros juga di Toyosu kerana kami tidak pernah ke rumah mereka. Disajikan meat ball spagetti, burger Malaysia dll. Alya suka sekali makan meat ball spagetti. Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami. Anak2 seronok bermain dengan Damia sampai riuh rendah rumah mereka. Minta maaf kalau ada jiran yang mengadu. Masuk sahaja dalam kereta, anak2 semua tidur kerana keletihan bermain dan berjalan.

p/s: atuk kepada anak2 semasa di Jepun…

-nash-

Tagged:

One thought on “melawat “atuk”

  1. lina January 27, 2009 at 9:44 pm

    untung anak-anak, ada atuk untuk bermanja di bumi Jepun. :)

    kogure-san pun dah membahasakan dirinya jiichan…dan menganggap kami mcm anak2 dia…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: