sudah empat bulan

Hari ini, Zafri genap 4 bulan dan setiap kali tengok kami makan, mulut dia mula bergerak2 macam orang tengah makan. Kesian pulak tengoknya dan tadi Mama mula cuba suapkan bubur yang dibeli masa balik ke Kuala Lumpur awal bulan lepas. Seronok tengok Zafri makan yang macam orang kelaparan. Badan pun dah makin tembam. Hari Isnin lepas, Mama bawa Zafri dan lain2 ke Shibui Kodomo Clinic. Zafri demam sedikit dan ada tumbuh “benda” putih pada gusi bawah yang agak pelik kedudukannya, Zarul dengan selsema dan Zakwan & Alya untuk mengambil ubat asthma. Mengikut timbang klinik tu, berat Zafri adalah 6.4 kg. Doktor kata “benda” putih tu adalah 真珠腫「しんじゅしゅ」(shinjusyu) iaitu ada benda yang menyerupai gigi berwarna putih pada gusi. Ini adalah disebabkan oleh pangkal gigi susu yang sepatutnya di serap oleh gusi semasa di dalam perut ibu tetapi kekal pada gusi. Tidak ada sebarang rawatan kerana ia akan tercabut sendirinya dan tiada kesan sampingan pada gusi bayi. (Lebih kurang serba sedikit info dari Internet yang telah di”translate”..hehe).

Ini gambar terbaru Zafri:

p/s: kekok juga Mama menyuapkan Zafri tadi…hampir 3 tahun lepas menyuapkan Zarul..

-nash-

Tagged: ,

3 thoughts on “sudah empat bulan

  1. zida January 22, 2009 at 10:24 am

    Alala..tembamnya anak sdare mak ndak..tak sabar nak jumpa..nak dukung hehe kalo larat…

    makan n minum pun dah byk …mulut pun dah byk bercakap…cuma bahasa apa ntah..??

  2. Zatul January 22, 2009 at 4:39 pm

    dah start mkn dah? bertambah chubby lah pasni… tp ‘don’t eat too much rice’ =)) (refer to previous entry)

    aah…sekrang dah suka minum apple juice n bubur (cereal ??? for baby)…

  3. yani January 24, 2009 at 1:59 pm

    Zah baru 3 tahun dah kekok… saya ni lagilah dah 7 tahun.
    Nak bersalin pun rasa berdebar2 ni.. macam-macam perasaan timbul .. rasa macam 1st time nak bersalinlah pulak :p

    takpe abang n kakaknya boleh tolong nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: