laughter is the best medicine (13)

Ini dari e-mail box…

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

——————————————————-
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!

——————————————————-
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

——————————————————-
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer….

——————————————————-
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

——————————————————-
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini “candle light dinner” dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

——————————————————-
SAM: Aku ada AIDS? mana ada…
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang
ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu…

——————————————————-
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.

——————————————————-
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard “SILA DATANG LAGI”…degil!

p/s: sekali sekala elok la senyum untuk menghilangkan ketegangan…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: