balingan pertama

Anak2 cuma pernah bermain bowling dengan Nintendo Wii dan telah beberapa kali Alya mengajak kami bermain bowling sebenar. Dan Akhirnya hari ini; Alya, Zakwan dan Zarul dapat bermain bowling sebenar dengan menggunakan bola 5 paun (atau 2.2 kg). Kami sampai ke tempat bowling Round 1 berdekatan Tsunashima pada pukul 1:00 petang selepas makan tengahari di rumah. Semua “lane” penuh dan kami terpaksa menunggu lebih dari sejam setengah dan terus ke karaoke yang juga ada di tempat yang sama. Anak2 puas menyanyi bermacam2 lagu yang biasa dinyanyikan seperti ponyo, anpanman, pre-cure dll. Alya dengan lagu Niji, Tegami dll. Setelah sejam di sana, dan penat mengeluarkan suara, kami ke tempat bowling di tingkat atas. Ada pakej untuk keluarga iaitu 1000 yen untuk 3 game seorang. Kami cuma daftarkan Papa, Mama, Alya dan Zakwan kerana Zarul mungkin tidak larat mengangkat bola bowling yang agak berat. Paling ringan pun adalah 5 paun tetapi rupa2nya Zarul pun berminat untuk mencuba dan bergilir2 dengan Zakwan membaling bola. Yang menariknya, longkang atau “gutter” dihalang oleh besi untuk mengelakkan bola dari masuk ke sana dan memudahkan anak2 bermain. Dan yang tak menariknya Papa dan Mama terpaksa menggunakan lane yang sama…hehe. Mula2 anak2 membaling dari atas dan lama2 boleh meleretkan bola. Zarul tidak ketinggalan mencuba walaupun terpaksa mengangkat bola dengan dua2 belah tangan. Zakwan pula boleh membaling bola dengan kuat sampaikan ada insiden bola termasuk ke lane sebelah. Hari ini juga, Goto-san yang bekerja sebagai “real-estate” atau kenalan lama Papa dan Mama datang ke sana untuk berjumpa dengan kami dan anak2. Dan dibawanya ole2 dari Peko-chan untuk anak2. Kali terakhir Papa berjumpa dengannya adalah pada bulan Feb 2006 semasa datang ke Jepun untuk menduduki peperiksaan memasuki program PhD dan berjumpa dengannya untuk mencari rumah. Kami berdua pernah menggunakan perkhidmatannya untuk mencari rumah semasa kami belajar di peringkat pra-siswazah dahulu. Mungkin lepas ini akan ke rumahnya bila dua2 ada masa. Score hari ini:
1. Papa: 81 – 140 – 121
2. Mama: 65 – 138
3. Alya: 66 – 60 – 83
4. Zakwan: 54 – 60
5. Zarul: 56 – 62

Mungkin akan ke sana lagi kerana ada mendapat game percuma untuk permainan yang akan datang. Selepas puas bermain, kami singgah di kedai Nittori iaitu kedai menjual peralatan harian dan rumah. Kami membeli pinggan “gratin”, bantal (boleh dibasuh dengan mesin basuh) dll. Selalu juga menonton iklannya di TV dan inilah kali pertama kami berjumpa kedainya. Dan sebelum pulang ke rumah, makan malam di Jonathan berdekatan Hiyoshi-eki.

p/s: pengalaman baru untuk anak2…

-nash-

Tagged: , ,

3 thoughts on “balingan pertama

  1. lina January 20, 2009 at 9:40 am

    nampak seronok. Mesti budak2 seronok dapat main bowling tu. :)

    Goto-san main sama ke?

    budak2 ni kalau boleh tak nak balik…hehe…sblm ni main bowling guna wii je…baru tahu beratnya bola tu..huhu
    btw…goto-san dtg untuk jumpa kami je…maybe lepas ni kami nak pi rumah ke pejabat dia…

  2. azie9406 January 20, 2009 at 4:04 pm

    wah..wah ..wah..zarul lagi teror main..byk score dia..hehehe..

    lebih kurang je score nya…cuma zarul ni bila buat kerja bersungguh2…hehe

  3. riza January 22, 2009 at 5:01 pm

    Pembetulan…
    Mama nye score 138 tu je lah..yang satu game lagi tu share ngan zarul kan…mana leh jatuh status main bowling!!..tunggu le sekali lagi…I’ll rock the whole floor…he he he

    aik…yeke…zarul main kejap2 je kot..?? takpe…lepas ni ada revenge game…bila yek??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: