urusan di kedutaan amerika

Setelah seminggu membuat persiapan dokumen2 dan menetapkan tarikh untuk ditemuduga iaitu pada hari ini pukul 8:45 pagi. Sampai sahaja di kedutaan, pemeriksaan ketat seperti x-ray beg, alat pengesan besi dll perlu dilalui sebelum boleh masuk ke pejabat urusan visa dll. Walaupun masih awal pagi, sudah ramai yang sedang menunggu untuk pelbagai urusan berkenaan visa dll. Mula2 semua dokumen diperiksa oleh pegawai yang bertugas sebelum dibenarkan masuk ke tempat menyerahkan dokumen. Selepas menyerahkan semua dokumen2 di kaunter penyerahan dan pendaftaran, nama dipanggil untuk mengimbas kesemua jari kedua2 belah dan seterusnya menunggu untuk dipanggil sekali lagi di kaunter lain untuk ditemuduga.
Sesi temuduga kali ini agak mudah dan tidak seserius seperti sebelum ini. Soalan2 yang ditanya juga “straight to the point”, dan tidaklah seperti sebelum ini yang agak ganjil seperti “Kenapa mahu menyambungkan pelajaran di peringkat PhD?” dll. Kali ini hanya ditanya “Apakah persidangan yang akan dihadiri?” dll. Diakhir sesi temuduga, ada diberitahu semua dokumen telah lengkap dan perlu tunggu untuk semakan oleh pihak kedutaan sebelum diberikan visa serta pasport melalui pos. Alhamdulillah semuanya selesai.
Sampai sahaja di lab, perlu menyiapkan kertas penyelidikan “camera-ready” untuk dihantar ke persidangan yang bakal dihadiri nanti. Tarikh akhir penyerahan kertas penyelidikan adalah hari ini. Dengan bantuan sensei, kertas itu sempat dihantarkan “online” pada pukul 5:00 petang.

p/s: semakin sibuk…

-nash-

Tagged:

One thought on “urusan di kedutaan amerika

  1. lina January 19, 2009 at 2:13 pm

    fuh, banyak urusan di kedutaan ye. Busy busy. :D

    Bila berangkat?

    busy jugak la menyediakan dokumen2 dsb…insyaallah akan ke Honolulu pada awal Mac..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: