urusan di kedutaan malaysia

Hari ini kami membawa Zafri ke Kedutaan Malaysia di Shibuya untuk membuat permohonan Sijil Kelahiran dan Pasport Malaysia. Semua dokumen2 telah kami sediakan semalam dan bertolak ke kedutaan selepas pukul 10:30 pagi. Sampai sahaja di sana, bangunan kedutaan masih sedang pembaikan dan pejabat canselor masih di tempat yang sama. Urusannya mengambil masa kerana banyak yang perlu diisikan dan ramai juga yang datang dengan pelbagai urusan. Rupanya kami masih tidak cukup dokumen yang perlu dibawa iaitu salinan Pendaftaran Alien untuk Papa, Mama dan salinan rasmi pendaftaran Kelahiran Zafri dari City Hall. Ini perlu dipos secepat mungkin.

Dokumen yang perlu disediakan untuk membuat pendaftaran Sijil Kelahiran:
Bapa:
1. Pasport Malaysia + 1 salinan (informasi peribadi, nombor pasport, taraf visa dan tandatangan pemegang pasport)
2. Kad Pengenalan Malaysia + 1 salinan kedua2 muka
3. Sijil Kelahiran + 1 salinan
4. Sijil Perkahwinan + 2 salinan
5. Salinan Pendaftaran Alien dari City Hall (BUKAN alient card)
6. Surat Kuasa dari bapa (jika selain bapa yang datang untuk membuat pendaftaran)

Ibu:
1. Pasport Malaysia + 1 salinan (informasi peribadi, nombor pasport, taraf visa dan tandatangan pemegang pasport)
2. Kad Pengenalan Malaysia + 1 salinan kedua2 muka
3. Sijil Kelahiran + 1 salinan
4. Salinan Pendaftaran Alien dari City Hall (BUKAN alient card)

Bayi:
1. Sijil Kelahiran dari hospital + 1 salinan atau Sijil Rasmi Kelahiran dari City Hall
2. Sijil Penerimaan Pendaftaran Bayi dari City Hall (atau di Boshi Techou)
3. 2 foto (5 cm X 3.5 cm) berlatarbelakang BIRU (tidak boleh menggunakan mesin foto segera atau latarbelakang PUTIH)
* semua salinan adalah pada kertas bersaiz A4

Dokumen yang perlu disediakan untuk membuat Pasport Malaysia:
Bapa:
1. Pasport Malaysia + 2 salinan (informasi peribadi, nombor pasport, taraf visa dan tandatangan pemegang pasport)
2. Kad Pengenalan Malaysia + 2 salinan kedua2 muka
3. Sijil Perkahwinan + 2 salinan

Ibu:
1. Pasport Malaysia + 2 salinan (informasi peribadi, nombor pasport, taraf visa dan tandatangan pemegang pasport)
2. Kad Pengenalan Malaysia + 2 salinan kedua2 muka

Bayi:
1. Sijil Kelahiran + 2 salinan
2. Sijil Pendaftaran Alien + 1 salinan
3. 3 foto (5 cm X 3.5 cm) berlatarbelakang BIRU (tidak boleh menggunakan mesin foto segera atau latarbelakang PUTIH)
* semua salinan adalah pada kertas bersaiz A4

Selepas cukup dokumen, pegawai di kedutaan akan memberi borang Pendaftaran Kelahiran dan Borang Permohonan Pasport (50 yen). Dan kemudian bayaran untuk permohonan kedua2 urusan tersebut dalam 4000 yen mengikut kadar tukaran wang semasa.

Semua maklumat dokumen2 ini boleh didapati di sini dan sini.

Selepas semua urusan tamat kami pulang dan menunggu Alya dari sekolah sebelum makan tengahari iaitu roti nan, kari ayam butter dan kari daging kambing di Restoran India berdekatan rumah kami (Ishikawadai-eki). Kemudian ke Oota Ward City Hall untuk mengambil salinan Pendaftaran Alien untuk Papa, Mama dan salinan rasmi pendaftaran Kelahiran Zafri.

p/s: esok pula perlu ke Kedutaan Amerika untuk urusan visa

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: