jalan2 cari makan – misaki

Sudah lama nak pergi ke Misaki yang terkenal sebagai “pelabuhan 鮪「まぐろ」(maguro: tuna)” terletak di Semenanjung Miura, Kanagawa Prefecture. Jaraknya dari rumah kami adalah sejauh lebih kurang 60 km dan mengambil masa selama sejam 15 minit. Maguro juga merupakan kegemaran kami yang biasanya dimakan dengan pelbagai cara masakan: sushi, sashimi, “steak” dll. Sampai di pasarnya yang terletak betul2 di tepi pelabuhan sebelum pukul 12:00 tengahari. Sistem parkirnya sangat menarik (“murah”) dengan hanya 300 yen dan jika makan atau membeli di kedai2 terpilih dan perlu mendapatkan kad diskaun, duit akan dipulangkan sebanyak 200 yen semasa keluar nanti. Hanya 100 yen untuk sekali masuk sehingga pukul 4:30 petang dan sekaligus menggalakkan orang ramai membeli belah di sana. Pasarnya sangat bersih dan boleh dikatakan 95% barangan yang dijual adalah berasaskan maguro. Tidak sempat hendak mengambil gambar kerana sibuk membeli belah…hehe.
Selepas hanya melihat2 apa barangan yang dijual, kami ke kedai berhampiran untuk makan tengahari. Jarak antara kedai2 dan pasar hanya dalam 10 minit perjalanan dan ada banyak kedai makan di sana. Kami memilih untuk makan masakan yang tidak biasa kami makan di Tokyo seperti perut, daging pipi, nabe yang semestinya menggunakan maguro serta sumeshi (nasi untuk sushi). Anak2 dengan sushi yang kata mereka sangat sedap dan fresh (tidak sempat kami hendak merasa kerana sekejap sahaja habis dimakan). Ada banyak lagi masakan yang tidak dapat kami cuba dan mungkin pada masa lain. Kemudian masuk semula ke pasar dan pastinya membeli maguro. Kami juga membeli masakan segera seperti kushi maguro (satay maguro yang digoreng), korokke maguro (maguro dan kentang yang dihancurkan dan digoreng), satsumaage dll. Kami keluar sebentar dari pasar dan makan makanan yang dibeli di tepi laut berhampiran. Walaupun sejuk, angin laut yang menyegarkan serta bersih membuatkan kami leka makan sambil melihat burung merpati yang datang mendekati kami. Selesai sahaja makan, sesi membeli belah bersambung kembali. Barangan yang kami beli: maguro untuk steak, maguro cincang, maguro kakuni, zuwai gani, lobak putih dan karot yang sangat segar, miso khas untuk dimakan dengan sayur segar dll. Cuaca ini memang sesuai untuk membeli bahan mentah seperti ikan dll kerana di luar pun seperti duduk di dalam peti ais!!. Kalau ikutkan harga mungkin sama atau mahal sedikit dari di Tokyo tetapi kesegarannya tidak boleh dibandingkan dengan yang dijual di kedai2 di Tokyo serta jenis bahagian maguro yang ada di sini dari mata, daging pipi, telur, perut dll yang juga tidak biasa dilihat sebelum ini.
Selesai membeli belah, kami ke 城ヶ島「じょうがしま」(Jogashima) iaitu pulau kecil yang terletak berhampiran dengan pelabuhan. Kami perlu menaiki jambatan yang dibina khas untuk ke sana dengan tol 300 yen. Jogashima adalah pulau yang sangat kecil berkeluasan 0.99 km persegi dan cuma ada sebatang jalan serta Jogashima Park yang agak terkenal di sini. Di taman itu terdapat banyak pokok 松「まつ」(matsu) yang dijaga cantik dan bunga suisen yang wangi semerbak (seperti bau bunga harum sundal malam). Anak2 bebas berlari sehingga ke tepi pantai yang berbatu sambil melihat matahari terbenam. Bentuk batu2 yang terbentuk semulajadi juga amat menarik dengan bentuk ikan, anjing dsb. Tidak bayaran masuk dikenakan ke taman tersebut tetapi bayaran parkir sebanyak 420 yen dikenakan untuk sekali masuk. Mungkin lebih sesuai untuk berpiknik di sana kerana permandang sekeliling yang indah dan seluas mata memandang. Anak2 juga boleh mencari kulit2 siput di tepi pantai dan 松ぼっくり「まつぼっくり」(matsu bokkuri: pine cone).
Seterusnya dari Jogashima kami ke rumah HE yang sudah banyak kali tidak dapat singgah kerana hal masing2. Dapatlah anak2 bermain dengan anak HE dan dijamu dengan makanan. Terima kasih kepada HE sekeluarga yang sudi menerima kedatangan kami walaupun lewat kerana kesesakan lalulintas dari Misaki sehingga ke Fujisawa. Mungkin kerana minggu ini cuti berturut (3 hari) dan hari ini adalah hari kedua. Selepas menghilangkan lelah, kami pun pulang ke rumah dan sampai pada pukul 11:00 malam. Semuanya keletihan namun puas dan pengalaman yang amat menarik.

p/s: mungkin akan ke Misaki lagi tetapi perlu datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dan mungkin ke Marine Park dan menaiki bot yang boleh melihat dasar laut

-nash-

Tagged: , ,

3 thoughts on “jalan2 cari makan – misaki

  1. sueabubakar January 13, 2009 at 2:27 am

    Cantik sume gamba^^

    tq…mengabadikan kenangan di sini

  2. hairieusoff January 14, 2009 at 5:17 am

    nanti kita buat kunjungan balas…

    maguro tu sungguh menyelerakan….

    sila2….bole cuba…dekat je dari sana

  3. lina January 14, 2009 at 2:28 pm

    cantik sungguh gambar langit senja tu.

    teringinnya nak jalan-jalan cari makan kat Jepun! :D

    jom…kalau kami free boleh la bawakkan jalan2…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: