boikot lagi….

Inilah cara yang paling berkesan, contohnya ekonomi Denmark terus menjunam selepas banyak negara Islam memboikot produk tenusu mereka. Ini ada info dari lam web Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ):

Berita No.653
PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI – COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA
Tuesday 06 January 2009 – 21:24:18
SEKITAR MAJLIS SIDANG AKHBAR BAGI PRLANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDU/MENYOKONG YAHUDI-COKE,STARBUCKS DAN COLGATE DI SEMBANG, SEMBANG CAFE, THE MALL PADA 6 JANUARI 2008.

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI – COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.[END]

PPIM SENTIASA KONSISTEN DENGAN PERJUANGAN DAN AGENDA DEMI UMMAH. KEMPEN BOIKOT INI TELAH BERMULA DENGAN BOIKOT COKE PADA TAHUN 2002. ANTARA KOLEKSI BERITA DI LAMAN WEB PPIM BERKENAAN ISU BOIKOT (SEJAK 2004) SEPERTI : (SILA KLIK LINK)

1) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.206
Berita No.206-ISRAEL TERUS MEMBUNUH. BOIKOT PRODUK-PRODUK YANG MENYOKONG ZIONIST LAKUKAN SEKARANG ( 28 Julai 2006 )
2) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.207
Berita No.207-MASYARAKAT PENGGUNA ADA “KUASA” DAN MAMPU MENGAJAR KEBIADAPAN REGIM YAHUDI MELALUI KUASA BOIKOT PRODUK YANG MENYOKONG AGENDA YAHUDI ( 12 Ogos 2006 )
3) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.212
Berita No.212-JIKA KITA BENAR-BENAR INGIN BUAT SESUATU BAGI MEMBANTAH KEZALIMAN TENTERA ISRAEL, KITA BOLEH LAKUKAN SESUATU (12 Ogos 2006)
4) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.217
Berita No.217-BERITA PPIM-KEMPEN BOIKOT DI MASJID INDIA ( 27 Ogos 2006 )
5) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.381
Berita No.381-KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGGUNA. PENGGUNA BIJAK MENJANA EKONOMI NEGARA (SARA LEE)
6) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.484
Berita No.484-EMEL ADUAN PILIHAN-INFO : Gaza: Penjara Terbesar Dunia.( 04 January 2008 )
7) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.535
Berita No.535-BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH ( 01 April 2008 )
8 ) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.575
Berita No.575-ADUAN PILIHAN-PETIKAN UTUSAN 26 JUN 2008-KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BENARKAN STARBUCKS BEROPERASI DI IPTA
9) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.613
Berita No.613-EMEL PILIHAN-PROTOKOL KE 10 YAHUDI MENGANDUNGI 8 PERKARA..( 14 Oktober 2008 )
10) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.644
Berita No.644-BOIKOT PRODUK YAHUDI BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN DEMI MARUAH UMAT ISLAM ( 28 Disember 2008 )
11) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.647
Berita No.647-ARTIKEL PILIHAN-FIKIR : KITA HANYA MAMPU LONTAR BATU , BAKAR BENDERA, PIJAK GAMBAR ( 02 Januari 2009 )
12) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.650
Berita No.650-KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN (03 January 2009 )
13) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ comment.php?comment.news.651
Berita No.651-ARTIKEL PILIHAN-Boycotting to Bring about a Change! (03 January 2009 )

KEMPEN BERTERUSAN PPIM MENGENAI BOIKOT
1) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ page.php?17
2) http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ yahudiboikot.html

PETIKAN BERITA BERNAMA 6 JANUARI 2009 [link]
PPIM Lancar Kempen Boikot Produk Yahudi Jumaat
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan kempen memboikot produk Yahudi secara besar-besaran di seluruh negara bermula Jumaat ini di Masjid Negara.

Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’mor Osman berkata kempen itu bertujuan menggesa semua pengguna, termasuk umat Islam memboikot produk pengeluaran syarikat milik Yahudi.

“Kempen ini akan dijalankan bersama-sama dengan beberapa badan bukan kerajaan yang lain (NGO) termasuk Malaysian Chinese Muslim Association (MCMA), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Interactive Muslimah Association (Iman).

“Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Kempen itu adalah sebagai tanda protes serangan Israel ke atas Palestin sejak dua minggu lepas yang mengakibatkan lebih 300 rakyat Palestin terbunuh.

Dr Ma’mor berkata dalam kempen itu, PPIM akan turut menggesa Halal Industry Development Corporation (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi kerana ia tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status halal negara ini.

“Ini kerana hasil keuntungan daripada produk-produk itu digunakan untuk menzalimi rakyat negara Islam dengan mengeluarkan bom dan juga peluru,” kata Dr Ma’amor.

Katanya menggunakan kuasa kepenggunaan, para pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat itu dan menghantar isyarat jelas kepada Israel dan Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

“Dengan cara ini, secara tidak langsung kita juga dapat meningkatkan produk keluaran tempatan,” katanya.
— BERNAMA

p/s: tekanan ekonomi mungkin paling berkesan buat masa ini, dengan ekonomi dunia sedang merudum…(double punch)…hehe

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: