perjuanganku bersambung…

Pagi2 lagi sudah ke lab, suasana kampus masih sunyi sepi kerana kelas hanya akan bermula pada hari Khamis nanti. Masih banyak perkara yang perlu dibereskan:
1. “camera-ready” kertas teknikal ke NCSP 09 di Hawaii sebelum 15 Januari 2009
2. borang2 dan dokumen2 untuk permohonan US Visa
3. kertas jurnal
Ini merupakan kali kedua memohon visa untuk ke US dan terlalu banyak yang perlu disediakan. Sesi temuduga telah ditetapkan tarikhnya pada 15 Januari nanti. Harap2 kali ini boleh mendapat visa untuk 10 tahun dan tidak perlu membuat permohonan selepas ini lagi. Kebanyakkan persidangan besar untuk bidang pemprosesan imej diadakan di US. Kalau boleh mahu sahaja menyertai persidangan di luar US, namun kehendak penyelia juga perlu dituruti. Orang Jepun terlalu mengagungkan US sehinggakan apa yang ada dan dibuat oleh orang US disanjung tinggi sehinggakan ada yang tidak masuk akal. Walaupun mereka sudah boleh mendabik dada dengan kekuatan ekonomi dan teknologi mereka yang telah lama lebih berjaya dari US.
Berbalik semula ke “perjuanganku”…masih banyak lagi yang perlu dibetulkan dan dibuat untuk menghabiskan pengajian di sini. Doakan kami berdua berjaya dengan cemerlang.

p/s: kesibukan adalah suatu rahmat…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: