hari terakhir cuti yang panjang

Hari ini tidak ke mana2, hanya duduk di rumah bersama anak2 membantu mereka menyiapkan kerja rumah. Ada yang tekun, ada yang kejap2 mahu berehat, ada yang cepat merajuk dan macam2 perangai mereka. Mungkin banyak sangat “pengalih konsentrasi” kepada anak2 zaman ini berbanding dengan masa Papa dan Mama sekolah dahulu. Antaranya: komputer, permainan video, televisyen dsb. Sekali sekala terpaksa berkeras dengan mereka dan sekali sekala berlembut serta bermain bersama mereka. Dah nama pun kanak2, sudah pastinya masih ingin bermanja dan bermain bersama papa dan mama mereka. Mengajar di universiti lebih mudah dari mengajar anak sendiri. Itulah realiti.
Kami pun sedang mencari junior yang sudi mengajar anak2 kami Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris sebagai persiapan sebelum pulang ke Malaysia nanti. Sekurang2nya tidaklah terasa sangat perbezaan sistem pelajaran dan silibus. Buku2 sudah banyak dikirimkan dari Malaysia. Cuma, bila diajar berbagai kerenah anak2 perlu ditangani. Dan kesibukan kami berdua di penghujung pengajian kami di sini juga merupakan kekangan yang amat tidak boleh dielakkan. Anak2lah yang menjadi mangsa keadaan.

p/s: maafkan kami wahai anak2ku…

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: