berjalan2 hujung minggu

Keluar rumah selepas tengahari ke TOC Gotanda untuk ke Akachan Honpo tetapi terbaca di website TOC Gotanda mengenai Flea Market yang akan diadakan hari ini. Sampai sahaja, terus ke Flea Market di tingkat 13 dan sudah ramai pengunjung yang datang. Ruang yang disediakan agak luas dan berbagai2 barangan dijual. Kami cuma membeli rantai & “pendant” mutiara untuk Alya dan Mama kerana harga yang agak murah dan dibawa khas dari Toba yang terkenal dengan Pulau Mikimoto. Untuk anak2 cuma barangan Go-Onger dan magic ball. Kemudian ke Akachan Honpo, mula2nya kami ingin membeli fukubukuro tetapi harga yang agak mahal dan barangan yang dijual tidak diperlukan buat masa ini. Cuma membeli beberapa aksesori untuk stroller Zafri dan barangan persekolahan anak2.

Kemudian ke Jonathan untuk makan tengahari yang lewat iaitu pada pukul 3:00 petang dan seterusnya ke Autobac untuk membeli beberapa aksesori kereta seperti vacum cleaner dll. Barangan yang dijual sangat banyak sehinggakan tiap2 kali pergi pasti akan membeli sekurang2nya 1 barangan untuk kereta. Jika Autobac ada di Malaysia, sudah pasti ramai peminatnya kerana jika di Lembah Kelang, ramai yang memiliki kereta. Di Autobac, hampir semua barangan dan servis untuk kereta disediakan dari menukar minyak hitam sehinggalah menjual air bateri dan tempat untuk meletak kotak tisu.

p/s: berakhirlah pencarian fukubukuro untuk tahun ini…kerana esok adalah hari untuk bersama anak2 di rumah sambil membantu mereka menyiapkan semua kerja rumah mereka

-nash-

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: