menyiapkan tugasan

Anak2 sibuk menyiapkan tugasan kerja rumah dari sekolah, tadika dan Kumon. Semua kena ikut “mood” masing2. Sekejap2 mahu makan, tengok TV, rehat dsb. Hari ini tidak ke mana2, cuma membalas 年賀状「ねんがじょう」(nenggajo: poskad Tahun Baru).  Menonton TV juga agak menyeronokkan dengan cerita2 khas cuti Tahun Baru. Drama musim luruh sudah tamat sebelum bermula cuti musim sejuk dan bermacam2 rancangan “variety” disiarkan. Dari “talk show”, rancangan kuiz sehinggalah rancangan untuk kanak2. Orang Jepun menyambut Tahun Baru dengan duduk di rumah menjamu selera bersam ahli keluarga tidak seperti kita menyambut Hari Raya yang melawat rakan2 dan saudara handai atau membuat rumah terbuka. Di Jepun, Tahun Baru disambut dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti makan bersama, bermain permainan tradisional seperti 歌留多「かるた」(karuta: permainan menggunakan kad) dsb. Pernah sekali menyambut Tahun Baru di rumah orang Jepun semasa belajar di peringkat prasiswazah dahulu (beberapa tahun dahulu ?? > 10 tahun…hehe). Hari Isnin depan, bermulalah minggu yang sibuk untuk menyiapkan kertas teknikal, menghantar borang untuk US Visa dll. Tetapi anak2 masih bercuti sehingga hari Rabu.

10 Januari akan ke majlis perkahwinan kawan Mama di Meguro. Ini adalah kali pertama ke majlis perkahwinan orang Jepun dan mungkin pengalaman yang amat berharga. Alya sangat menunggu saat itu.

p/s: cuti sudah ke penghujung…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: