明けましておめでとう

明けましておめでとう御座います

今年も宜しくお願い申し上げます

元旦平成21年

cimg1240
Ucapan yang biasa kita dengar kebelakangan ini ” あけおめ ことよろ” (akeome kotoyoro) adalah singkatan Akemashite omedetougozaimasu, kotoshimo yoroshiku onegaishimasu. Golongan muda mereka suka memendekkan perkataan mereka seperti KY (kuuki wo yome) dll.
Awal2 pagi lagi telah mendapat e-mail mengatakan kertas teknikal ke The 2009 RISP International Workshop on Nonlinear Circuits and Signal Processing (NCSP’09) telah diterima dan perlu membuat perbentangan pada 1-3 Mac nanti di Hawaii, US. Banyak yang perlu dilakukan seperti membuat Visa untuk kemasukan ke US yang sangat “mendokusai” dsb.
Aktiviti biasa kami pada Tahun Baru adalah mencari 福袋「ふくぶくろ」(fukubukuro: lucky bag) dan tempat yang MESTI kami pergi adalah sekitar Akihabara. Tahun ini Papa, Mama dan Alya sahaja yang pergi mencari fukubukuro. Target kami adalah digital kamera yang dipesan oleh Nurul dan semestinya mainan anak2. Kami membeli fukubukuro: digital kamera Exilim yang biasanya berharga 12,800 yen, jam tangan berharga lebih 5000 yen, SD memory card 2MB yang semuanya berharga 10,000 yen, mainan anak2 untuk boys dan Alya yang berharga 2000 yen setiap satu dan dalamnya dianggarkan berharga 8000 yen (menurut jurual di Bic Camera) dan fukubukuro pelbagai aksesori komputer yang berharga 2000 yen. Tahun ini tidak banyak fukubukuro dijual, mungkin kerana kemelesetan ekonomi yang sangat dirasai di sini. Kebiasaannya ada pelbagai jenis fukubukuro dari berharga 1000 yen hingga ke 100,000 yen tetapi tahun ini rata2 sehingga 50,000 yen sahaja. Makan tengahari di Siddique dengan kari, roti nan dan nasi. Roti nan dan nasi boleh ditambah percuma. Berselera Alya menghabiskan butter chicken curry dan nasi safronnya. Kemudian kami menjamu mata di Yodobashi Camera dan makan malam dan roti boleh dimakan sebanyak yang kita mahu.
Selepas makan, kami ke Yurakucho-eki kerana Mama perlu membuat pemeriksaan mata selepas seminggu melalui prosedur intra LASIK. Sebelum itu singgah di Bic Camera di sebelah stesyen dan membeli fukubukuro untuk anak2. Pemeriksaan Mama hanya selama 30 minit dan pulang ke rumah dengan 1 fukubukuro setiap seorang. Anak2 gembira mendapat mainan yang memang kebetulan sesuai untuk mereka. Alya dengan mainan miniature house dan Zakwan & Zarul dengan mainan kereta dan Yattaman Gacchan.


p/s: selama seminggu ini, hampir semua kedai akan menjual fukubukuro sebagai jualan pertama pada tahun baru…

-nash-

Tagged: ,

One thought on “明けましておめでとう

  1. lina January 4, 2009 at 4:09 am

    wah, seronoknya shopping fukubukuro. Kat Jusco sini pun ada buat, tapi macam tak best aje.

    tahun ni tak berapa menarik sangat fukubukuro yang disediakan….mungkin kedai2 tu tak dpt berapa untung tahun lepas?? so beli yang menarik dan perlu sahaja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: