大晦日「おおみそか」(oomisoka: hari sebelum tahun baru)

Bagi orang2 Jepun, hari ini adalah hari terakhir persediaan sebelum menyambut Tahun Baru. Ada yang sibuk mengemas rumah, membuat osechi ryouri dsb. Kami pula ke rumah Sam untuk melawatnya yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan di Kawasaki. Kami ke sana di sebelah petang dan mengambil masa 30 minit untuk sampai kerumahnya. Mak dan ayahnya sedang datang ke sini untuk melawat cucu mereka. Kami berborak dan sampaikan tidak sedar pun hari sudah malam. Comel baby Safiyah tetapi kami terlupa untuk membawa kamera. Terima kasih Sam dan keluarga. Semoga menjadi anak solehah dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Daiei berhampiran rumah Sam dan ramai orang yang membuat persiapan terakhir membeli makanan seperti 年越しそば「としこしそば」(toshikoshi soba) yang dimakan pada tengah malam untuk semasa menyambut Tahun Baru, kononnya makan soba yang panjang dan pada 2 tahun yang berlainan supaya panjang umur??. Hampir semua pakaian yang dijual separuh harga dan anak2 pula meminta agar dibelikan jaket Go-onger iaitu Go-on Red untuk Zakwan dan Go-on Blue untuk Zarul manakala Alya pula jaket dengan hood berbulu yang diidam2kan. Membeli Taiyaki kacang merah dan cheese, cokelat dan maccha. Di sepanjang perjalan pulang ke rumah, jalan2 sangat lengang walaupun baru pukul 8 malam. Mungkin semua orang sibuk di rumah menonton TV dan membuat persiapan.
Sampai di rumah pula, sudah semestinya 紅白歌合戦「こうはくうたがっせん」(kouhaku uta gassen: pertandingan nanyian antara kumpulan merah (artis wanita) dan kumpulan putih (artis lelaki)) di saluran NHK1. Undian dibuat melalui berbagai cara: telefon, one-segment TV, penonton di dewan dsb. Tahun ini untuk 3 tahun berturut2 dimenangi oleh kumpulan putih.

p/s: terasa seperti malam Hari Raya di Malaysia…

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: