main salji

Pagi2 lagi sudah bertolak ke 西武遊園地「せいぶゆうえんち」(Seibu Yuuenchi) yang terletak di Tokorozawa. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk memberi peluang kepada anak2 bermain salji (walaupun salji buatan…hehe) dan skate. Sampai di sana dalam pukul 10:30 pagi dan taman tema itu baru sahaja dibuka. Perjalanan mengambil masa 2 jam kerana kami perlu melalui jalan biasa dari rumah. Bayaran “one-day pass” yang biasanya berharga 3200 yen untuk dewasa dan 2700 untuk kanak2 telah diturunkan kepada 2008 yen untuk dewasa dan kanak2 sempena cuti hujung tahun. Lucky… Mula2 sekali, kami ke 雪遊び場「ゆきあそびば」(yuki asobiba: tempat bermain salji) dan anak2 seronok sekali dapat bermain そり(sori: sledge untuk kanak2) dan membuat 雪だるま「ゆきだるま」(yukidaruma: snow man) walaupun kecil sahaja. Bayaran masuk adalah sebanyak 500 yen untuk 1 jam dan bayaran sewa baju juga ada disediakan. Kami membawa baju sendiri dari rumah. Kemudian, makan tengahari iaitu onigiri sake dan crab mayo yang dibuat sendiri oleh Alya. Berselera anak2 makan onigiri selepas kepenatan bermain sori.
Kemudian kami ke Hello Kitty Marchen Town, ada banyak permainan yang boleh dimain oleh anak2 seperti Hello Kitty Train, Angel Coaster, Strawberry Cafe, Melody Shinkansen dll. Anak2 boleh bermain berulang kali kerana tidak ramai orang yang datang pada hari ini. Kemudian ke kawasan permainan yang lain seperti Merry-go-round, Flying Carpet, Loop-screw Coaster dll. Buat pertama kalinya Alya mengikut Papa mencuba Loop-screw Coaster dan langsung tidak menangis sehingga akhir. Coaster ini ada banyak cabarannya seperti turun hampir menegak, pusing 360 darjah, menjunam ke tasik dsb. Had tingginya untuk kanak2 adalah 120cm dan Alya dapat melepasinya kerana tinggi Alya adalah 125cm. Pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan oleh Alya. Setelah hampir semua permainan telah kami cuba, kami ke Magic mirror maze iaitu bilik yang dipenuhi dengan cermin dan mencari telur dinasour serta jalan keluar. Ada yang berjalan sehingga terlanggar cermin dsb. Pada musim sejuk, tempat ini ditutup awal iaitu pada pukul 4:30 petang dan kami mengakhirinya dengan menaiki Gyro tower iaitu menara tinjau yang akan bergerak ke atas sambil berpusing. Oleh kerana cuaca agak baik pada hari ini, permandangan yang sangat luas sehingga ke Tokyo dapat dilihat dari situ. Satu hari yang mungkin tidak dilupakan oleh anak2 dengan keseronokkan dan pengalaman yang menarik terutama bagi Alya yang mencuba banyak permainan yang ada had ketinggian.
Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Sushiro untuk makan malam yang pastinya sushi. Alya dengan hotate, Zakwan dengan maguro dan Zarul dengan amaebi. Banyak juga yang kami makan sehingga melebihi 4000 yen… hehe…sushi amat sesuai dimakan pada musim ini kerana ikan2nya sangat segar dan sementara kami ada di sini. Mungkin tidak dapat makan sushi sesedap di sini bila sudah pulang ke Malaysia nanti.

p/s: makanan kegemaran kami sushi dan sashimi…

-nash-

Tagged: ,

2 thoughts on “main salji

  1. lina January 4, 2009 at 4:01 am

    nampak seronok giler….

    hahaha,memang baik makan sushi puas-puas kat sana sebelum balik. :P

    kalau kat sini tak terasa sangat 100 yen tu…kat msia rm4…sure terasa kan…tu belum untuk makan dengan anak2 yang sushi tu dah jadi makanan “ruji” mereka…

  2. afa January 5, 2009 at 12:55 pm

    Eh dah nak balik mesie ke?bila?

    belum lagi…masih ada lagi 9 bulan sebelum pulang ke Msia…doakan kami dapat habiskan study kami…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: